Laptop terbaru MSI ini ada lampu papan kekunci paling canggih

Share Button

Bagi merealisasikan moto mereka sebagai jenama no 1 dalam dunia laptop gaming, MSI berterusan memperkenalkan model laptop gaming yang baru. Baru sahaja memperkenalkan model GT75VR bulan lepas, hari ini MSI melancarkan dua model baru di Malaysia, GE63VR dan GE73VR Raider.

Walaupun tidak memiliki spesifikasi tertinggi, dua laptop MSI yang baru ini mencukupi untuk menjalankan tajuk permainan bergred AAA dengan lancar dan menawan. Ini kerana tunjang belakang kuasanya adalah pemproses Intel Core i7 bersama kad grafik GeForce GTX1060.

MSI GE63VR (kanan) dan GE73VR (kiri)

Kuasa model GE yang baru ini juga jauh melebihi laptop gaming kelas permulaan, apabila ia ditambah papan kekunci Steelseries dengan pelbagai warna individu. MSI adalah yang pertama memperkenalkannya di laptop gaming, di mana setiap satu kunci boleh ditetapkan dengan pelbagai warna berbeza.

Tetapi satu kelebihan paling ketara adalah penggunaan paparan dengan prestasi 120Hz, 94% warna NTSC, anti silau serta masa respon sepantas 3ms. Paparan sebegini mampu menayangkan semua gerak pantas dalam permainan dengan penuh teliti serta kurang kekaburan.

Laptop MSI yang baru ini hadir dengan storan gandingan SSD dan HDD, bersama sistem operasi Windows 10 dan juga jaminan 2 tahun dari MSI Malaysia.

MSI menjual laptop ini dengan harga RM7,499 bagi model GE73VR dan RM7,199 untuk GE63VR. Spesifikasinya adalah seperti berikut:

Pra tempahan kini dibuka bermula dari 10 Ogos hingga 24 Ogos 2017, menerusi saluran online seperti di Stor MSI 11 Street dan Stor Online MSI Malaysia, serta menerusi pengedar sah iaitu Harvey Norman, Unote @ Digital Mall, Unote @ Plaza Lowyat, UPI @ Danga City Mall Johor Bahru.

Dengan pra-tempahan ini, setiap pembeli akan turut menerima tetikus gaming MSI Clutch GM70 bernilai RM650. Tetikus ini boleh digunakan bersama wayar atau tanpa wayar. Ingat, ia hanya boleh diterima percuma dengan tempahan awal MSI GE63VR atau GE73VR antara 10 Ogos hingga 24 Ogos sahaja.

MSI GE63VR (kanan) dan GE73VR (kiri)

Teknologi di dalam laptop MSI siri-GE yang baru

Paling utama, lampu kunci warna-warni individu oleh Steelseries

Laptop

Trackbacks

  1. […] turut melancarkan model baru, GE63VR dan GE73VR Raider di lokasi yang sama. Pra tempahan kini dibuka untuk kedua-dua laptop ini, yang turut memberikan […]

Apa komen anda?