Install App Ini Untuk Rasai Kehebatan Kamera Google Pixel Di Telefon Anda

Share Button

Salah seorang pembangun dari Ukrain dengan nama B-S-G telah berjaya menyunting app kamera Google Pixel untuk digunakan pada peranti selain Google Pixel. App inilah yang memikul tanggung jawab besar untuk membawa Google Pixel menjadi selaku telefon kamera terbaik dalam DxOMark sebelum dipintas HTC U11.

Kini, anda boleh menikmati kamera Google Pixel dengan memasang app yang telah di-modded oleh B-S-G. Antara ciri-ciri unik yang bakal anda perolehi adalah seperti Zero-Shutter Lag (ZSL) HDR+.

Tanpa HDR+

Dengan HDR+

ZSL HDR+ yang mengambil manfaat daripada fungsi Hexagon 680 ISP untuk meluaskan dynamic range gambar secara digital.

Hexagon 680 ISP boleh ditemui pada telefon yang menggunakan cip pemproses Snapdragon 820, 821, dan 835. Antara telefon yang dimaklumkan boleh menggunakan kamera ini adalah seperti

  • LG G6
  • OnePlus 3
  • OnePlus 3T
  • OnePlus 5
  • Samsung Galaxy S8

Muat turun fail APK ini dan sideload masuk ke telefon anda.

[Sumber: XDA Developer]

Apa komen anda?