HTC U Ultra Hambur Harga Sehingga RM700

Share Button

Musim flagship turun harga berlanjutan bila hari pelancaran Samsung Galaxy Note8 dan Apple iPhone 8 semakin hampir. Kali ini adalah giliran HTC U Ultra versi Sapphire. Memiliki tanda harga RM2,999, HTC U Ultra (128GB) kini dijual pada harga RM2,299, penurunan sebanyak RM700.

Ini bukan sebarang HTC U Ultra, ia adalah varian termahal dengan storan tertinggi iaitu 128GB serta dilapisi kaca nilam yang kalis calar. Flagship HTC untuk tahun 2017 ini adalah sebuah telefon sebesar 5.7″ yang menggunakan dua paparan, satu sebagai paparan utama satu lagi paparan sekunder yang bersaiz 2.1 inci.

Pada papan utama, anda akan menemui cip Snapdragon 821 dan RAM 4BG. Baca pengalaman TheSkop memandu uji telefon ini untuk maklumat lanjut.

Selain HTC U Ultra, kami turut ada laporkan dua lagi telefon flagship 2016 yang menerima potongan harga iaitu Samsung Galaxy S7 Edge, dan Galaxy S8.

 

 

Comments

Apa komen anda?