Harapan untuk membeli Galaxy Note8 kembali bersinar

Share Button

Sehari sebelum Galaxy Note8 dilancarkan, satu lamanweb di China telah memberi petunjuk harganya di sana. Ia mengejutkan banyak pihak kerana tanda harga yang paling tinggi pernah ada pada telefon pintar Samsung. Sehinggalah berita dari Amerika Syarikat (AS) tiba.

Seperti menyahut laungan Presiden Trump untuk menjadikan Amerika hebat semula, tanda harga Galaxy Note8 dilaporkan sehebat China. Menurut laporan TheVerge, Galaxy Note8 yang tidak dikunci oleh operator (syarikat telekomunikasi) akan dijual pada harga USD930 (~RM3,978) di AS.

Tambah laporan tersebut, hanya satu model Galaxy Note8 akan dijual di AS iaitu storan 64GB sahaja. Tiada model 128GB & 256GB akan dijual. Di China, harga Galaxy Note8 dilaporkan bermula dari RMB6,288 (~RM4,040) untuk 64GB, RMB7,088 (~RM4,554) untuk 128GB dan RMB7,988 (~RM5,132) dengan 256Gb storan.

Eh, bukan ke harga di China bila ditukar ke Ringgit lagi mahal dari harga di AS? Maknanya Amerika tidak mengatasi China dan sahutan Presiden Trump tidak berjaya???

Tetapi ada berita yang jauh lagi baik untuk pembeli di AS. Untuk bekas pemilik Galaxy Note7, mereka boleh menebus telefon pintar sedia ada dan menerima rebat sehingga USD425 (~RM1,814) untuk membeli Galaxy Note8. Maklumat lanjut tentang program tukar tebus ini akan dimuat naik di laman web Samsung AS kelak.

Tahun lepas, Samsung terpaksa menghentikan jualan Galaxy Note7 dan memanggil semula semua unit yang telah dijual kerana masalah kepanasan melampau dan meletup. Peranti ini juga telah dilarang dari menaiki mana-mana pesawat penumpang. Notis larangan ini msaih terpapar di lapangan terbang sehingga ke hari ini.

Sementara itu di Malaysia, pra-tempahan Galaxy Note8 telah diumumkan akan dibuat dari 5 hingga 10 September 2017. Masih belum ada harga mahupun tawaran pakej diumumkan, tetapi boleh dijangka ia pasti sangat menarik. Seperkara lagi, harga peranti Samsung di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia, jadi ia mungkin lebih rendah dari harga yang diperkatakan di China dan AS.

[SUMBER: TheVerge 1, TheVerge 2]

Trackbacks

  1. […] misteri ini berjaya dibongkari. Selepas penat berteka-teki dengan harga di China, Amerika Syarikat serta Singapura, harga rasmi Galaxy Note8 di Malaysia kini telah diketahui. Atau hampir pasti […]

  2. […] ini kita sudah mendapat tahu harga Galaxy Note8 di Amerika Syarikat dan di China. Sekarang kita ada berita yang lebih hampir, iaitu harga Galaxy Note8 di Singapura. […]

Apa komen anda?