Hadiah untuk pembeli Huawei sempena Hari Merdeka-Malaysia

Share Button

Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, Huawei akan mengadakan promosi Hari Merdeka-Malaysia, bermula dari 11 Ogos sehingga 1 Oktober 2017, atau selagi stok masih ada.

Peminat telefon pintar Huawei dan Honor harus tidak melepaskan peluang ini, apabila pelbagai produk Huawei dari jenis telefon pintar, tablet dan juga peranti Honor disediakan hadiah yang menarik.

Selain dari Nova 2 Plus yang baru diketahui harganya, hampir semua peranti yang dilancarkan tahun ini akan menerima hadiah percuma. Peranti kelas utama, Huawei P10, P10 Plus, serta siri Mate 9 akan menerima sekotak hadiah premium.

Pembeli telefon pintar Nova 2 Plus dan P10 Lite pula akan menerima perumah telefon serta botol kaca khas. Huawei Y7 Prime pula akan mendapat baucar KFC dan botol kaca khas.

Honor 8 Pro yang baru sahaja dilancarkan, selain menerima skin & t-shirt Mobile Legend, perumah telefon serta pelindung skrin kaca, pembeli juga akan menerima botol kaca khas.

Manakala tablet MediaPad M3 serta T2, akan diberikan perumah boleh lipat dan botol kaca khas.

Jangan terlambat untuk mendapatkan peranti Huawei dan Honor yang anda minati, bersama hadiah percuma yang disediakan ini. Ingat, promosi ini bermula dari 11 Ogos sehingga habis stok hadiah.

Apa komen anda?