Hacker Indonesia Godam 27 Laman Web Kita Selepas Isu Bendera Terbalik

Share Button

Sukan SEA yang sedang berlangsung di negara kita beberapa hari ini kecoh dengan isu bendera terbalik pada salah satu medium bercetak terbitan pihak penganjur. Yang menjadi mangsa adalah bendera Indonesia.

Ia mencetuskan kemarahan rakyat jiran terhadap negara dek kegagalanmengenal pasti kesalahan ini sebelum penerbitan. Para penggodam Indonesia tidak melepaskan peluang melempiaskan amarah kepada laman-laman web dari Malaysia.

Sebanyak 27 alamat dikenal pasti sudah digodam dan laman utamanya digantikan dengan mesej yang menyatakan kemarahan mereka tentang isu tersebut.

Walau bagaimanapun, tiada laman web kritikal ataupun laman web kerajaan yang menjadi mangsa. 27 laman web yang diserang adalah laman web picisan seperti:

  1. http://2017investorsguide.com
  2. http://aziziali.com
  3. http://aziziali.my
  4. http://aziziali.net
  5. http://beahappymillionaire.com
  6. http://beliemas.com.my
  7. http://belisuratpajak.com
  8. http://belowmarketvalue.properties
  9. http://bonda.com.my
  10. http://cashflowprinciple.com
  11. http://gosipadan.com
  12. http://innercircle.com.my
  13. http://innercircle.my
  14. http://kolejjutawan.com
  15. http://kualalumpurmalaysia.com
  16. http://lawyerhartanah.com
  17. http://masauntukemas.com
  18. http://mesinwang.com
  19. http://millionairesguidetogreatness.com
  20. http://money101mastery.com
  21. http://pakejumrah.com.my
  22. http://pelaburanhartanah.com
  23. http://pendapatanpasifseumurhidup.com
  24. http://rahsiaemas.com
  25. http://rahsiasuratpajak.com
  26. http://retirerich.guru
  27. http://rezekiberniaga.com

Pemohonan maaf secara rasmi sudahpun dilakukan oleh YB. Khairi Jamaluddin sendiri dan beliau sudahpun bersemuka dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Tuan Imam Nahrawi.

Walau apapun, mari kita raikan semangat kesukanan yang menebal dalam kedua-dua negara dan jangan jadikan isu ini merencat kemeriahan acara sukan ini bagi baki 9 negara yang menyertai.

[Sumber: Elshinta]

Apa komen anda?