Firmware Baru DJI Spark Masukkan Fungsi Yang Amat Dinantikan

Share Button

Salah satu kelebihan DJI Spark adalah teknologi mengesan wajah dan gerak tangan. Hasilnya, anda tidak memerlukan alat kawalan untuk mengawal Spark. Malangnya, salah satu kekurangan ketara adalah menggunakan gerak tangan, anda tidak boleh memulakan rakaman video.

Dalam kemas kini terbaru, DJI akhirnya memasukkan fungsi merakam video menggunakan lenggok tangan dan beberapa penambahbaikkan baik.

Bagi mengarahkan Spark mula merakam video, pengguna hanya perlu mengangkat tangan kanan sehingga 45 darjah selari dengan permukaan. Lampu LED merah akan berkelip menandakan ia sudah menerima arahan dan mula merakam.

Satu lagi fungsi baru adalah gambar 180 darjah. Ia seperti Vertical dan Horizontal Pano sedia ada tetapi 180 Panorama mengambil 21 gambar untuk dicantum bersama.

Untuk mula mengunakan fungsi-fungsi terbaru ini, anda boleh mengemas kini firmware dron masing-masing melalui app DJI GO 4.

Jangan lupa baca pengalaman kami gunakan DJI Spark dan cadangan aksesori untuk memaksimumkan penggunaan dron anda.

Apa komen anda?