Earfon Jaybird Bawa Anda Terbang Ketika Berjoging 

Share Button

Jaybird adalah sebuah subsidiari kepada Logitech yang telah diambil alih pada tahun lepas. Syarikat ini menghasilkan produk earfon yang digunakan semasas melakukan aktiviti kecergasan. Terbaru, Jaybird menandakan kehadiran rasmi mereka di Malaysia menerusi Jaybird X3 dan Jaybird Freedom.

Jaybird X3

Jaybird Freedom

Kedua-dua earfon adalah dalam kategori earfon wayarles yang berhubung dengan sumber bunyi melalui sambungan Bluetooth. Salah satu ciri menarik mereka adalah kekalisan peluh dan percikan air yang sememangnya dilema yang kerap melanda ahli sukan yang berpeluh terlalu banyak sehingga menerobos earfon.

Pad telinga yang boleh ditukar mengikut keselesaan

Komponen untuk mengawal Jaybird X3

Selain itu, rekaan unik earfon ini menyebabkan ia kekal didalam terowong telinga walaupun semasa aktiviti yang intensif.

Rekaan mikro Jaybird Freedom sesuai untuk digunakan bersama helmet

Jaybord X3 mempunyai fizikal yang lebih besar berbanding saudaranya, Freedom. Ia hadir dengan bateri yang lebih besar untuk berikan sehingga 8 jam waktu penggunaa. Dengan 20 minit cas, ia boleh menyimpan masa penggunaan sehingga sejam.

Jaybord Freedom adalah earfon terkecil pernah dihasilkan mereka. Walaupun kecil, ia masih mengekalkan waktu operasi selama 8 jam tetapi 4 jam terakhir waktu operasi hadir daripada bateri tambahan yang perlu diklip pada port pengecas.

Pad pengecas yang turut miliki bateri terbina sebagai sokongan

Kedua-dua produk Jaybird ini diedarkan secara eksklusif oleh Funsportz Malaysia pada harga RM669 untuk Jaybird X3 dan RM699 untuk Jaybird Freedom. Lazada turut menjual kedua-dua earfon ini dengan diskaun 10%.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?