Dua laptop harga istimewa di stor baru Lenovo

Share Button

Bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan buat pembeli, Lenovo Malaysia kini membuka stor rasmi mereka di laman e-dagang terbesar di Malaysia, Lazada. Menerusi stor ini, pembeli boleh mendapatkan pelbagai produk Lazada dengan lebih mudah.

Seperti biasa, sempena pembukaan stor baru ini, Lenovo menyediakan promosi menarik untuk pembelian laptop terpilih. Dua promosi paling utama adalah diskaun RM100 untuk Laptop Lenovo Idepad 320 2TB, serta harga istimewa Lenovo Ideapad 120S.

Laptop Lenovo Idepad 320 2TB adalah laptop yang sesuai untuk kegunaan pelajar dan di rumah. Ia datang dengan pilihan dua warna, Hitam dan Kelabu, dan disertakan bersama jaminan selama 2-tahun. Ia dikuasakan pemproses Intel Core i5, grafik GeForce GT940MX, 4GB RAM dan 2TB storan. Skrinnya berukuran 14-inci dengan resolusi HD Penuh.

Harga jualan laptop ini ialah RM2,699 dan jika menggunakan kod diskaun LAZIDEA100, harganya hanyalah RM2,599 sahaja. Malah, pembeli juga akan menerima gelang kecergasan Lenovo HR Band G03 bernilai RM439.

Lenovo Ideapad 120S pula adalah laptop kelas permulaan yang mampu dimiliki ramai. Harganya cuma RM999 termasuk GST, dan boleh didapati secara eksklusif di Lazada.

Ia ringan dan mudah dibawa dengan skrin seluas 11.6-inci, serta dikuasakan pemproses Intel Celeron, 4GB RAM dan 64GB storan. 3 warna disediakan iaitu Biru, Kelabu dan Merah Jambu.

Selain 2 tawaran laptop ini, Lenovo juga menyediakan hadiah percuma gelang kecergasan Lenovo HR Band G03 untuk pembelian beberapa laptop lain menerusi stor rasmi Lenovo di Lazada. Senarai penuh laptop yang terlibat boleh dilihat di sini.

Pembelian di Lazada juga boleh menerima lebih penjimatan jika anda memiliki akaun ShopBack. ShopBack memberi sehingga 11% tunai kembali (cashback) untuk pembelian di Lazada. Jangan lupa mendaftar akaun di ShopBack sebelum membeli-belah di Lazada.

Jangan terlepas tawaran istimewa laptop-laptop dari Lenovo ini. Segera ke stor rasmi Lenovo di Lazada melalui pautan ini: www.lazada.com.my/lenovo-malaysia-official-store

Apa komen anda?