Dosa Samsung Tertebus Dengan Galaxy Note8

Share Button

Dalam satu acara gilang gemilang yang diadakan di bandar raya New York, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy Note8 kepada khalayak. Ia memikul beban yang amat berat dalam menjaga nama baik Samsung selepas masalah yang melanda Note7 tempoh hari.

Pelbagai penambahbaikkan telah dilakukan dan yang paling ketara adalah rupa fizikal yang telah di-overhaul.

Galaxy Note8 adalah Note yang memiliki skrin yang terbesar setakat ini, ia mewarisi teknologi Infinity Display daripada siri S8 untuk memberikan nisbah paparan 18.5:9 kepada penggunannya.

Pengguna boleh menikmati kandungan multimedia pada skrin beresolusi Quad HD+ sebesar 6.3″ daripada jenis Super AMOLED digunakan. Paparan yang memanjang boleh dimanfaatkan untuk menjalankan dua aplikasi serentak melalui fungsi Multi Windows.

Samsung Galaxy Note8 (kiri) disebelah Samsung Galaxy S8+ (kanan)

Tonton video sambil bermesej ataupun bersidang video sambil mencatat nota menggunakan S Pen.

S Pen adalah salah satu ciri unik pada siri Galaxy Note. Pada Note kali ini, ia telah ditambah baik untuk memperbaiki pengalaman menulis, melukis, dan interaksi pengguna dengan telefon. S Pen kini meiliki mata yang lebih halus dan kepekaan yang lebih tinggi.

Galaxy Note8 juga adalah telefon pertama Samsung yang memiliki kamera berkembar. Tambah menarik, ia juga telefon pertama yang diberikan OIS pada kedua-dua kamera. Tidak kiralah sama ada anda sedang berlari mahupun bersiar-siar, gambar tetap akan tajam.

Ia dikatakan menggunakan modul kamera hasilan Samsung sendiri. Kedua-dua kamera belakangnya diberikan sensor 12MP. Untuk mengambil gambar yang cerah dalam suasana malap, lensa F1,7 disediakan pada kamera utama manakala kamera sekunder diberi lensa berapertur F2.4 dan boleh mengezum optikal sehingga 2X.

Pada papan utama, Note8 diperkasa cip Exynos 8895 atau Snapdragon 835. Untuk pasaran Malaysia, kita akan menerima versi Exynos. Usah risau, kedua-duanya adalah cip 10nm dan yang paling berkuasa setakat ini.

6GB RAM dibekalkan untuk melancarkan operasi telefon. Storan sekurang-kurangnya 64GB diberikan. Ia boleh diperluas menerusi slot mikro-SD hibrid.

Samsung Galaxy Note8 akan mula diedarkan pertengahan September ini dan ia ditawarkan dalam warna Midnight Black, Orchid Grey, Maple Gold, dan Deepsea Blue.

Trackbacks

  1. […] telah mengedarkan jemputan rasmi untuk menghadiri majlis pelancaran flagship terbaru mereka, Galaxy Note8 pada 21 September ini. Bagi memeriahkan lagi majlis itu, Samsung akan menerbangkan salah seorang […]

  2. […] Galaxy Note8 baru saja dilancarkan bulan lepas dan minggu depan pula Apple akan melancarkan iPhone generasi […]

  3. […] Note8 baru sahaja selamat dilancarkan di New York sebentar tadi. Berita yang lebih dari pelancarannya adalah, tarikh jualannya. Seperti biasa, […]

Apa komen anda?