Bawa pulang telefon Wiko percuma di jelajah Wiko Pulau Pinang

Share Button

Pengeluar telefon pintar dari Perancis, Wiko kini sedang mengadakan pameran jelajah di Pulau Pinang. Orang ramai dari utara Malaysia, bolehlah berkunjung ke pameran ini untuk mendapatkan telefon pintar Wiko dengan tawaran istimewa.

Pameran jelajah Wiko ini diadakan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang dari hari Jumaat, 4 Ogos sehingga hari Ahad ini, 6 Ogos 2017. Pengunjung boleh melihat dan mencuba sendiri semua model Wiko di pameran ini.

Antara model yang tersedia adalah dari siri-U dan siri-Y seperti Upulse (RM 799), Ufeel Prime (RM 899), Ufeel Fab (RM 699), Ufeel Go (RM 599), Harry (RM 599), Robby 2GB (RM 529), Kenny (RM 499) dan Jerry (RM 299).

Jika membeli telefon pintar di pameran jelajah ini, pembeli berpeluang untuk memenangi sebuah lagi telefon pintar Wiko menerusi cabutan bertuah, Sure Win Lucky Dip. 10 pemenang bertuah boleh pulang bersama satu lagi telefon pintar Wiko percuma.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Wiko Malaysia serta laman web di alamat http://my-en.wikomobile.com/.

Apa komen anda?