Asus Pupuk Pengguna Lupakan Kayu Selfie Dengan Siri ZenFone 4 Selfie

Share Button

Siri Selfie dalam barisan ZenFone terdiri daripada dua buah model iaitu ZenFone 4 Selfie dan Zenfone 4 Selfie Pro. Mereka menjarakkan diri ke tahap yang lebih tinggi berbanding pesaing yang lain dengan kamera depan yang hebat.

ZenFone 4 Selfie Pro bersaiz 5.5″ dengan skrin HD 1080p 

ZenFone 4 Selfie bersaiz 5.5″ dengan skrin HD 720p 

Dengan apertur F1.8 dan sensor yang mampu menghasilkan gambar 24MP, Zenfone 4 Selfie Pro tidak akan menghadapi masalah menangkap selfie walaupun dalam keadaan malap.

Salah satu kamera depan Zenfone 4 Selfie Pro mempunyai lensa berjarak fokal 12mm bagi memberikan sudut pandang yang amat luas. Maka, tiada masalah untuk memuatkan semua rakan tanpa perlu bersendat sesama sendiri.

Kamera depan 24MP + 5MP pada ZenFone 4 Selfie Pro miliki sudut pandang sangat luas

Kamera 20MP + 8MP pada ZenFone 4 Selfie

Keseriusan Asus untuk memantapkan bahagian kamera pada semua produk Zenfone 4 dibuktikan apabila mereka membangunkan sendiri perkakasan pemproses isyarat digital (ISP) SuperPixel Engine untuk memproses data daripada sensor cahaya.

Tidak seperti telefon lain yang hanya menggunakan ISP yang hadir bersama cip pemproses, SuperPixel Engine ditala khas oleh jurutera-jurutera Asus untuk mengoptimumkan gambar terutamanya dalam pembasmian tahap hingar pada gambar.

ZenFone 4 Selfie Pro miliki kamera 16MP, F2.2

ZenFone 4 Selfie miliki kamera 16MP, F2.0

Siri Selfie sesuai dijadikan kamera untuk bersiaran langsung. Jika anda seorang yang selalu ber-Facebook Live ataupun Insta Stories, telefon ini boleh mencantikkan wajah secara langsung.

Sungguhpun memiliki 2 kamera depan yang mantap, kamera belakang tidak pula diabaikan. Sensor 16MP digunakan yang mampu merakam video sehingga 4K UHD.

ZenFone 4 Selfie miliki slot mikro-SD khas manakala versi pro berkongsi dengan SIM kedua

Bidikan fokus sepantas 0.03 saat mampu dicapai melalui sistem autofokus pengesanan fasa (PDAF). Bagi menstabilkan rakaman video, penstabil imej elektronik (EIS) digunakan.

Kedua-dua ZenFone 4 selfie dan ZenFone 4 Pro memiliki badan besi sepenuhnya. Ia diberikan panel paparan sebesar 5.5″ tetapi resolusi pada versi bukan Pro adalah 720p manakala versi Pro 1080p.

Port Audio dan USB di bahagian bawah ZenFone 4 Selfie Pro

Port audio pada Zenfone 4 Selfie terletak di bahagian atas telefon

Pada papan utama, ZenFone 4 Selfie Pro menggunakan pemproses Snapdragon 626 yang bergandingan dengan RAM 4GB. Storan 64GB disediakan dan satu slot khas diberikan sekiranya storan itu tidak mencukupu. Versi bukan Pro pula menggunakan cip Snapdragon 430, RAM 4GB dan storan 64GB tetapi ia memiliki slot mikro-SD khas untuk memperluas ruang penyimpanan.

Kedua-dua telefon dibekalkan kuasa melalui bateri sebesar 3,000mAh.

ZenFone 4 Selfie hadir dalam 4 warna iaitu Rose Pink, Mint Green, Deepsea Black, dan Sunlight Gold manakala ZenFone 4 Selfie Pro ada 3 warna iaitu Rogue Red, Sunglight Gold, dan Deepsea Black.

Rujuk artikel ini untuk mengetahui harga ZenFone 4 Selfie, Zenfone 4 Selfie Pro, Zenfone 4, Zenfone 4 Pro, Zenfone 4 Max Pro.

Trackbacks

  1. […] Klik untuk baca artikel penuh ZenFone 4 Selfie Pro & Zenfone 4 Selfie […]

Apa komen anda?