AMD mahu berkenalan lebih rapat dengan pengguna komputer

Share Button

Nama AMD mungkin kurang diketahui ramai, tetapi ia merupakan satu-satunya pesaing Intel dalam menghasilkan pemproses komputer desktop dan laptop. AMD baru-baru ini telah melancarkan siri Ryzen, barisan pemproses berkuasa tinggi.

Jika mahu mengenali Ryzen dengan lebih dekat, anda boleh melawat Plaza Low Yat hujung minggu ini kerana AMD bersama rakan niaga sedang mengadakan pameran jelajah di sana. Dua produk paling berkuasa yang pastinya menarik perhatian ramai, adalah komputer Acer Aspire GX281 dan HP Omen Desktop.

Kedua-dua komputer ini dikuasakan pemproses AMD Ryzen 7 berprestasi tinggi. Keperkasaannya dipertingkatkan lagi dengan gandingan kad grafik AMD Radeon RX di dalamnya.

Acer Aspire GX281 dilengkapi pemproses AMD Ryzen 7 1700X bersama kad grafik Radeon RX480. Manakala HP Omen Desktop pula menggunakan dua kad grafik Radeon RX580 yang berhubung secara CrossFire, memberikan tenaga berganda.

Acer Aspire GX281

HP Omen Desktop

Selain dua desktop berkuasa ini, pengunjung pameran ini juga boleh melihat pelbagai laptop yang dikuasakan pemproses AMD, dari jenis Ryzen dan juga siri-A. Malah, pembelian komputer yang dikuasakan AMD boleh menerima sehingga 3 tajuk permainan dari koleksi Square Enix, serta dua bulan langganan Adobe Creative Cloud percuma.

Jom kenali pemproses dan kad grafik AMD dengan lebih dekat melalui pameran jelajah ini, di Plaza Low Yat sehingga 6 Ogos 2017. Terdapat juga aktiviti lain yang boleh anda sertai apabila berada di sana.

 Aktiviti lain di pameran AMD di Plaza Lowyat

Apa komen anda?