Ada Penjual Diskaunkan Galaxy S8 Sehingga RM700

Share Button

Samsung Galaxy S8 adalah antara telefon paling futuristik tahun ini dengan rekaan luar norma serta spesifikasi flagship terhebat. Tapi ramai yang berputih mata melihat tanda harga RM3,299 sebuah Galaxy S8 dan RM3,699 untuk sebuah Galaxy S8+.

Walau bagaimanapun, untuk anda yang masih menaruh minat terhadap telefon ber-Infinity Display ini, anda boleh mendapatkan Galaxy S8 pada harga RM2,600 ataupun hanya RM200 lebih mahal berbanding OnePlus 5 64GB.

Terdapat beberapa penjual di Lazada yang telah menurunkan harga telefon Galaxy S8 secara mendadak dan ia bukanlah set AP sebaliknya set rasmi Malaysia.

Contohnya, Anda boleh mendapatkan Galaxy S8 pada harga serendah RM2,598 ataupun Galaxy S8+ pada harga serendah RM2,965. Membeli set rasmi Malaysia bermakna anda akan menikmati jaminan daripada Samsung Malaysia selama 1 tahun.

Untuk lebih perlindungan, pelan tambahan Samsung Protection Plus pada harga RM248 akan memberikan tambahan setahun kepada jaminan sedia ada terhadap paparan anda.

Apa komen anda?