WhatsApp dah boleh hantar gambar saiz penuh resolusi tinggi

Share Button

Kemaskini terbaru aplikasi WhatsApp hari ini tiba dengan fungsi yang lama dinantikan, boleh menghantar gambar bersaiz penuh, resolusi tinggi dan tidak dimampatkan. Tetapi nampaknya ia hanya untuk pengguna Android dahulu, belum ada di iOS lagi.

Perkara ini sudah lama terdapat dalam aplikasi permesejan Telegram. Tetapi WhatsApp masih pilihan utama majoriti rakyat Malaysia, jadi berita ini pasti menggembirakan orang ramai.

Cara untuk menghantar gambar bersaiz penuh ini juga hampir sama seperti di Telegram. Ia tidak boleh dihantar melalui pilihan Gallery kerana itu adalah pilihan yang akan mengecilkan saiz gambar. Sebaliknya pengguna perlu memilih Document, dan cari gambar yang ingin dikongsi di dalam folder.

Pilihan untuk menghantar gambar bersaiz kecil dan menjimatkan data, masih boleh dibuat dengan memilih Gallery.

Sebenarnya, kemaskini terbaru WhatsApp ini membenarkan pengguna berkongsi semua jenis fail, dengan saiz maksima 100MB. Kerana itu gambar kini boleh dihantar bersaiz penuh, asalkan tidak mencecah 100MB. Fail seperti APK, ZIP dan lain-lain kini boleh dikongsi sesama pengguna WhatsApp, selain fail PDF, DOC & XLS yang telah boleh dikongsi sebelum ini.

Tapi jaga-jaga, ini juga menyebabkan fail yang merbahaya turut boleh dikongsi melalui WhatsApp. Jadi amalkan penggunaan internet yang selamat, jangan klik atau muat turun fail yang tidak diketahui atau dari mereka yang tidak dikenali.

Selain fungsi berkongsi fail yang baru, kemaskini WhatsApp ini juga memudahkan pengguna untuk membuat pilihan jenis teks menjadi Bold, Italic, Strikethrough dan Monospace.

Mudah saja caranya. Taip perkataan yang ingin diedit, kemudian pilih dan tekan lama perkataan itu sehingga keluar menu pilihan. Dari situ, pilih jenis teks yang ingin diubah. Kadang-kadang pilihan menu agak banyak, jadi tekan pada tiga titik bertindih untuk menu tambahan.

Apa komen anda?