webe naikkan kuota hotspot 10 kali ganda

Share Button

Sekali lagi, persaingan syarikat akan menguntungkan pengguna. Ini dapat dilihat apabila webe yang melancarkan pelan tanpa had data, panggilan dan SMS, menggandakan kuota hotspot mereka kepada 10 kali ganda. Dari 1GB menjadi 10GB, tetapi kali ini khas untuk rangkaian 4G LTE sahaja.

Pada awal pelancaran pelan tanpa had mereka, webe tidak membenarkan perkongsian data melalui hotspot atau tethering, melainkan dengan bayaran RM6 untuk kegunaan 2 jam. Pada April lepas, mereka memberi sedikit kelonggaran dengan menyediakan kuota 1GB sebulan khas untuk hotspot sahaja, untuk waktu terhad katanya.

Hari ini, perkongsian data hotspot pengguna webe dibenarkan sehingga 10GB sebulan, di dalam rangkaian 4G LTE webe sahaja. Ini pastinya tindak balas dari webe selepas mendapat persaingan sengit dari pelan tanpa had Digi Infinite serta U Mobile Hero.

Pengguna webe terima SMS kuota hotspot 10GB LTE

Seperti promosi sebelum ini, tawaran kuota hotspot 10GB LTE ini berjalan dari 12 Julai sehingga 31 Disember 2017. Jika tidak mencukupi atau tiada liputan 4G LTE, pengguna webe boleh melanggan kuota hotspot dalam bentuk 500MB berharga RM8.48, 1GB RM15.90 atau tanpa had selama 2 jam berharga RM6.36. Kesemua harga ini sudah termasuk GST.

Kuota hotspot 10GB ni memang sangat menarik. Kali ini, anda boleh berkongsi lebih banyak data bukan sahaja dengan rakan atau keluarga, tetapi dengan peranti anda yang lain seperti tablet atau laptop.

Berminat untuk melanggan? Layari laman web webemobile untuk mendaftar dan mendapatkan lebih banyak maklumat.

Apa komen anda?