Usah risau beli Galaxy J Pro sebab dijamin 2 tahun

Share Button

Galaxy J adalah siri bajet dalam keluarga pintar Samsung. Tetapi Samsung telah memperkenalkan terlalu banyak model Galaxy J, dari J3 sehingga J7 kemudian ditambah model Prime dan hari ini, Samsung memperkenalkan model terbaru, Galaxy J Pro (2017). Ia telah dikenalpasti sebagai Galaxy J yang terbaik di pasaran kini, mengatasi J Prime.

Perkara paling menarik pada Galaxy J Pro yang baru ini adalah tawaran Jaminan Perlindungan Skrin dan Jaminan 1-tahun Tambahan. Tetapi tawaran ini adalah untuk pembelian model Galaxy J Pro (2017) dari kini hingga 30 September 2017 sahaja, serta di cawangan Stor Samsung Experience dan pengedar Samsung terpilih di seluruh negara.

Terdapat tima model Galaxy J Pro dalam promosi ini iaitu Galaxy J3 Pro (RM699), Galaxy J5 Pro (RM1,149) dan Galaxy J7 Pro (RM1,299). Kesemua model ini datang dalam 4 pilihan warna iaitu Biru, Merah Jambu, Hitam dan Emas.

Galaxy J3 Pro adalah model terendah dan terkecil. Ia memiliki skrin 5.0-inci, bateri 2,600mAh bersama kamera belakang 13MP dan kamera depan 5MP. Kuasa dalamannya diuruskan oleh pemproses 4-teras 1.4Ghz bersama 2GB RAM, dan storan 16GB bersama sokongan kad mikroSD.

Galaxy J3 Pro

Galaxy J5 Pro pula memiliki perkakas lebih perkasa, pemproses 8-teras 1.6GHz, 3GB RAM dan 32GB storan dalaman. Kad mikroSD turut disokong. Kameranya pula 13MP di depan dan belakang, dan disematkan bateri 3,000mAh di dalam. Skrinnya sebesar 5.2-inci, HD Penuh dan menggunakan paparan Super AMOLED.

Model terbaiknya adalah Galaxy J7 Pro. Perkakas dalamannya hampir sama dengan Galaxy J7 Pro iaitu pemproses 1.6GHz 8-teras, 3GB ram dan 32GB storan, beserta sokongan kad mikroSD. Kameranya juga sama, 13MP di depan dan belakang tetapi bateri sedikit besar, iaitu 3.600mAh. Skrinnya juga lebih besar, 5.5-inci HD Penuh Super AMOLED.

Galaxy J5 Pro & Galaxy J7 Pro

Satu perbezaan ketara siri J Pro berbanding siri J sebelum ini, adalah penggunaan badan besi. Kesemua model siri J Pro ini juga menyokong dua kad sim 4G LTE, bersama slot berasingan untuk kad mikroSD.

Jika anda mahukan telefon mampu milik dengan jaminan 2 tahun serta perlindungan skrin, maka siri J Pro ini sememangnya pilihan terbaik. Tetapi hanya untuk masa terhad, sehingga 30 September sahaja. Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Promosi Eksklusif Galaxy J Pro.

Apa komen anda?