TuneTalk +Vibe macam pascabayar tapi prabayar

Share Button

TuneTalk, salah satu penyedia rangkaian telekonumikasi maya (MVNO) kini memiliki pelan data yang baru, dikenali sebagai +VIBE. Pelan ini juga tampil dengan tawaran yang unik, tidak pernah dilihat pada mana-mana prabayar sebelum ini di Malaysia.

Terdapat tiga jenis pelan +VIBE yang diperkenalkan iaitu +VIBE15 dengan 2GB data dan RM5 kredit berharga RM15 sebulan. Pelan kedua ialah +VIBE30 yang disertakan 6GB data dan RM5 kredit untuk RM30 sebulan. Ketiga ialah pelan data terbesar, +VIBE50 yang memiliki 13GB data, RM5 kredit sera panggilan tanpa had sesama TuneTalk pada RM50 sebulan.

Kesemua pelan ini memiliki masa aktif selama 30 hari. Bagaimanapun, pelan ini hanya ditawarkan secara dalam talian sahaja untuk masa yang terhad. Boleh didaftar di laman web TuneTalk.

Pelan +VIBE tampil unik kerana ia tidak boleh dilanggan menggunakan kredit tambah nilai. Sebaliknya pelanggan perlu mendaftar kad kredit/debit untuk melanggan pelan ini kerana ia akan dicaj terus setiap bulan. Pendek kata, ia seperti pelan pascabayar dengan potongan debit automatik setiap bulan. Tapi, ia masih dipanggil prabayar kerana pelanggan kena bayar dulu sebelum guna.

Bagaimanapun, jika pengguna kehabisan data, ia tidak akan disekat kelajuan sebaliknya pengguna akan dicaj berdasarkan penggunaan (PPU) iaitu 2 sen setiap 1MB, atau RM2 untuk 100MB. Kadar panggilan pula 18 sen seminit.

Jika diteliti, pelan +VIBE15 adalah pelan bulanan terendah untuk dimiliki. Dengan hanya RM15, ia boleh digunakan secara aktif selama 30 hari. Berbanding prabayar lain, anda perlu membuat tambah nilai RM30 untuk mengaktifkan talian selama 30 hari.

Pelan +VIBE ini juga dilihat memberi lebih data berbanding pelan Datatata. Pelan bulanan terendah Datatata memberi 4GB data dengan kadar RM28 sebulan, berbanding 6GB data di +VIBE30.

Adakah anda sanggup untuk menggunakan prabayar tetapi perlu membayar secara automatik setiap bulan? Jika ya, anda boleh melanggan pelan +VIBE TuneTalk ini. Layari laman web +VIBE untuk lebih maklumat dan mendaftar pelan terbaru TuneTalk ini.

Apa komen anda?