Tiket konsert G-Dragon & Ed Sheeran menanti pengguna setia U Mobile

Share Button

Pasti ramai peminat Big Bang tidak sabar menanti ketibaan G-Dragon yang akan mengadakan konsert jelajah dunianya di Kuala Lumpur nanti. Jika anda pengguna U Mobile, anda sangat bertuah kerana berpeluang memenangi tiket ke konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E yang akan berlangsung pada 17 September 2017 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

U Mobile telah menjadi penaja rasmi syarikat komunikasi bagi konsert G-Dragon ini, sebagai sebahagian dari aktiviti Unlimited Grooves mereka. Bermula dengan penajaan Urbanscapes, U Mobile juga akan membawakan konsert Ed Sheeran ÷ (Divide) Malaysia Tour bulan November nanti, di samping persembahan Good Vibes Festibal serta konsert mini Upfront.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile semasa majlis pelancaran stor flagship U Mobile di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Menurut beliau, U Mobile sentiasa mengutamakan muzik dalam penawaran kerana ramai pelanggan meminatinya. U Mobile bangga dapat menjadikan konsert G-Dragon di Malaysia sebagai sebahagian daripada kempen Unlimited Grooves U Mobile!.

Stor flagship baru U Mobile kini menyediakan ruang khas produk Apple, yang dikenali sebagai Apple Experience Zone. Ia merupakan ruang yang diiktiraf oleh Apple sendiri, di mana pengguna boleh mendapatkan khidmat nasihat dan produk seperti di Apple Store. Ini kerana petugasnya dilatih oleh Apple.

Selain produk Apple, stor flagship baru ini juga menyediakan pelbagai peranti pintar terbaru. Pengunjung boleh mencuba sendiri peranti baru ini, kemudiannya menggandingkan pembelian peranti mereka bersama pelan U Mobile untuk menerima lebih penjimatan.

Ruang khidmat pelanggan U Mobile pula dibawa ke tingkat 1, di mana pengguna U Mobile boleh mendapatkan penyelesaian untuk sebarang permasalahan mereka di situ.

Pegawai Khidmat Pelanggan U Mobile sentiasa sedia membantu

Khas buat pengguna U Mobile yang setia dan menjadi pelanggan sekurang-kurangnya 6 bulan, mereka berpeluang untuk memenangi tiket percuma ke konsert G-Dragon atau Ed Sheeran. Peraduan ini akan diadakan menerusi laman Instagram U Mobile.

Peraduan bagi tiket konsert G-Dragon akan bermula dari 18 Ogos hingga 8 September 2017. Manakala tiket Ed Sheeran akan ditawarkan dari 25 September hingga 27 Oktober 2017. Maklumat lanjut akan diberikan di laman Instagram U Mobile apabila hampir ke tarikh peraduan.

Apa komen anda?