[Test Produk] DJI Spark Dron Yang Kecil Tapi Besar Potensi

Intro

Share Button

Kelebihan

Lengkung belajar yang tidak curam
Dalam harga mampu milik
Tahap mobiliti yang tinggi

Kelemahan

Hayat bateri terhad
Tidak boleh mengambil gambar semasa rakaman video
Tidak boleh merakam video semasa kawalan menggunakan lenggok tangan

“Dron baik semakin murah dan dron murah semakin baik” adalah ungkapan yang paling sesuai untuk dilemparkan terhadap dron terbaru DJI yang dinamakan Spark. DJI Spark adalah dron terkecil dan termurah pernah dihasilkan mereka dan ia ditujukan khas untuk pengguna yang ingin mula menceburkan diri dalam dunia dron.

Hanya sebesar tin minuman dan seberat 300g

Dron kerdil khas untuk selfie sudah lama diimpikan oleh pengguna. Malahan, berlambak kempen Indiegogo dan Kickstarter telah dilancarkan untuk tujuan tersebut. Masalah dengan selfie dron adalah kebanyakannya belum berjaya melepasi fasa konsep (baca: sampah).

Dron mini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi dron mini dengan keupayaan videografi yang mantap adalah sesuatu yang amat unik pada DJI Spark. Seberat hanya 300g, ia sekitarr 50% lebih ringan berbanding Mavic Pro.

DJI Spark diletakkan dalam kategori mampu milik kerana jualannya berbanding dron yang lain. DJI Spark dijual pada harga RM2,288. Sebagai perbandingan, berikut adalah beberapa dron komersial yang terkenal bersama harganya:

  1. DJI Mavic Pro – RM4,299
  2. DJI Phantom 4 Advance – RM5,480
  3. GoPro Karma – RM5,999

DJI Spark Fly More Combo berikan lebih banyak aksesori

Untuk memberikan lebih nilai tambah pada DJI Spark, anda boleh berbelanja RM3,188 untuk membeli Fly More Combo. Fly More Combo untuk DJI Spark memberikan pengguna dengan beberapa aksesori tambahan seperti pelindung kipas, pad kawalan, pengecas, bateri, dan sebuah beg.

TheSkop telah menyediakan empat soalan ini untuk dijawab anda. Jika semuanya “Ya”, maka tidak syak lagi DJI Spark memang ditakdirkan untuk bersama anda. Soalannya adalah:

  1. Adakah miliki masa yang terhad tapi masih mahu merakam gambar di udara?
  2. Adakah baru meminati dron tidak tahu untuk mula dari mana?
  3. Adakah anda tidak mahu menghabiskan masa belajar menerbangkan dron?
  4. Adakah anda seorang yang gemar menyunting video di telefon?

Halaman seterusnya: Lengkung Belajar Yang Mesra

Trackbacks

  1. […] satu kelebihan DJI Spark adalah teknologi mengesan wajah dan gerak tangan. Hasilnya, anda tidak memerlukan alat kawalan […]

  2. […] DJI Spark boleh dibeli pada harga semurah RM2,288, tetapi anda hanya menerima dron semata-mata. Hasilnya, […]

Apa komen anda?