Telefon Pintar Boleh Hindari Anda Tersesat Di Dalam Hutan

Share Button

Saban hari berita orang sesat di dalam hutan sering tersebar di media sosial. Ada antaranya tersesat lebih seminggu dan lebih teruk, kehilangan nyawa. Ia sesuatu yang dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya diambil lebih-lebih lagi dalam dunia serba canggih kini.

Tahukah anda, telefon anda boleh bertindak sebagai jurupandu?

Secara asanya, telefon anda berfungsi sebagai:

  1. Penunjuk arah menggunakan sensor GPS yang sedia terbina.
  2. Paparkan peta topografi digital
  3. Gunakan maklumat trek yang pernah dikongsikan oleh pengguna lain.

Sebelum menggunakan telefon sebagai pemandun arah di belantara, beberapa langkah perlu dilakukan untuk menyediakannya. Rukuni langkah-langkah berikut untuk tukarkan telefon anda menjadi GPS belantara.

Jangan risau, telefon anda memang pintar hingga tak perlukan rangkaian telefon 4G, 3G, 2G, malahan GPRS pun tak perlu untuk bantu anda cari jalan keluar.

“Airplane Mode” selain diaktifkan semasa berada dalam kapal terbang, ia juga boleh memanjangkan hayat bateri telefon. Nak tahu kenapa? Baca sehingga habis.


1. Buka akaun ViewRanger & Wikiloc dan log masuk ke kedua-dua laman web

ViewRanger dan Wikiloc adalah dua laman web yang sangat berguna untuk pencinta dunia jungle trekking. Ia adalah laman web yang disertai jutaan pengembara yang lain dan mereka berkongsi maklumat tentang pengembaraan mereka untuk manfaat pengguna yang lain.

Kedua-duanya menyediakan fungsi memuat naik dan turun trek untuk pengguna dan masing-masing mempunyai aplikasi Android dan iOS. Walaubagaimanapun, aplikasi mudah alih ViewRanger dilihat lebih komprihensif.

Kelebihan Wikiloc pula adalah ia mengandungi lebih banyak trek yang terletak di dalam negara berbanding ViewRanger.

Sebagai permulaan, wujudkan akaun ViewRanger dan Wikiloc.


2. Cari trek tempat yang ingin dikunjungi

Pada Wikiloc, gunakan fungsi carian dan masukkan lokasi tempat yang ingin dicari, dalam tutorial ini kami akan gunakan “air terjun Lawing” sebagai lokasi contoh.

Lokasi yang berkaitan akan dipaparkan. Besar kemungkinan lebih daripada satu trek yang merujuk pada lokasi yang sama akan dipaparkan.

Anda boleh memilih untuk menggunakan trek yang dikongsi oleh pengguna Wikiloc yang lebih kredibel ataupun yang lebih ringkas laluannya. Hal ini kerana ada sesetengah pengguna yang melalui jalan yang jauh atau sukar untuk lebih keseronokkan.

Tekan pautan trek itu untuk melihat butiran lanjut.


3. Muat turun trek masuk ke komputer

Jika sudah bertemu dengan trek yang anda rasakan sesuai, langkah seterusnya adalah muat turun fail trek dalam format GPS Exchange Format (GPX). GPX  adalah format fail yang kebanyakannya boleh dibaca oleh peranti GPS tidak mengira jenis dan jenama. Ia digunakan untuk menyimpan maklumat seperti laluan, tanda tempat, masa, dan sebagainya.

Untuk memuat turun, hanya cari butang “Download”.

Cari pilihan untuk muat turun fail dalam bentuk GPX

Fail akan dimuat turun kedalam komputer. Pastikan anda ingat lokasi fail itu disimpan kerana kita memerlukan fail itu untuk dimuat naik ke laman ViewRanger sebelum menyalinnya kedalam telefon.


4. Wujudkan laluan baru di ViewRanger menggunakan fail GPX yang telah dimuat turun tadi

Pada ViewRanger, anda boleh mewujudkan trek anda sendiri melalui pelbagai cara. Selain melukis trek terus di atas peta anda boleh menyalin laluan orang lain untuk dijadikan sebagai laluan anda sendiri.

Kebaikkan memiliki laluan sendiri adalah anda boleh memasukkan seberapa banyak butiran yang releven kepada anda. Gambar-gambar turut boleh dimasukkan bagi memudahkan navigasi.

Untuk mewujudkan trek ke air terjun Lawing menggunakan fail GPX yang anda telah download daripada Wikiloc tadi, cari “Route and Tracks” di homepage ViewRanger anda. Kemudian pilih “Create a route from GPX”

Cari butang “Choose File” dan cari fail GPX yang telah dimuat turun daripada Wikiloc sebelum menekan butang “Upload”

Setelah GPX dimuat naik ke sistem, ViewRanger akan memaparkan rupa trek yang telah anda muat naik. Pada tahap ini, anda boleh melakukan suntingan terhadap laluan itu.

Anda boleh memperbetul jajaran ataupun memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang tiada dalam maklumat trek asal. Untuk melakukannya, hanya cari butang “Route Information”.

Setelah berpuas hati, tekan “Save” untuk memuktamadkan trek ke air terjun Lawing.


5. Salin trek air terjun Lawing masuk ke telefon

ViewRanger turut hadir dalam bentuk mudah alih. Ia boleh digunakan di telefon Android ataupun iOS. Untuk menyalin masuk trek yang telah direka tadi, muat turun apps ViewRanger ke telefon.

Selesai memasang apps ViewRanger, anda hanya perlu log masuk kedalam akaun ViewRanger yang telah anda wujudkan di Langkah 1.

Pergi ke Setting dan cari pilihan Synchronize Content. Pilihan ini mengarahkan apps ViewRanger untuk menyalin semua maklumat trek yang ada dalam pengkalan data di Internet masuk ke dalam ruang storan telefon anda.


6. Muat turun peta topografi

Peta topografi amat penting bagi memudahkan navigasi. Tapi, peta topografi dalam bentuk digital amat besar saiznya. Maka, apa yang anda boleh lakukan untuk menjimatkan storan telefon adalah memuat turun peta topografi yang terlibat sahaja dengan trek air terjun Lawing tadi.

Di homepage apps ViewRanger, cari ikon kiub bewarna kelabu di sudut kanan dan tekan. Kemudian tekan  “Save for Offline Use” dan pilih “Detailed”.

Leretkan peta untuk mencari trek air terjun Lawing kemudian highlight kotak yang berkaitan supaya ia meliputi keseluruhan trek. Akhir sekali tekan “Download”.


7. Mengembaralah dengan selamat

Semasa hari aktiviti, bawa plastik kecil untuk menyimpan telefon sekiranya hujan.

Hidupkan “Airplane Mode” dan GPS. Airplane Mode akan memanjangkan hayat bateri dengan mematikan penerima isyarat telekomunikasi, Wi-Fi, dan Bluetooth yang menggunakan banyak bateri. Turunkan kecerahan telefon kepada minimum, juga untuk menjimatkan bateri.

Lancarkan aplikasi ViewRanger dan aktifkan trek air terjun Lawing. Semasa telefon sedang mencari isyarat GPS untuk dikunci, lakukan senaman pemanas badan.

Tekan “Start Route” untuk mula mengikuti trek.

Malaysia Cergas!

Habuan yang menanti (gambar diambil menggunakan kamera Fujifilm X30, ISO200, apertur F7.1, dedahan 5 saat)

 

Apa komen anda?