Semoga Tencent berjaya dapat lesen WeChat Pay, senang kutip hutang

Share Button

Korang jangan nak perli-perli lagi budak-budak WeChat lepas ni sebab mesti korang pun kemungkinan sibuk nak guna WeChat pada masa depan. Ini kerana Tencent, syarikat yang memiliki WeChat dikatakan dalam proses memohon lesen untuk menjalankan sistem pembayaran WeChat Pay di Malaysia.

Perkara ini disebut oleh Reuters, di mana Malaysia akan menjadi tempat pertama WeChat Pay dijalankan di luar China dan Hong Kong. Jika diluluskan, pengguna WeChat di Malaysia boleh menghubungkan akaun bank mereka dengan WeChat Pay dan membuat pelbagai urusan pembayaran dalam matawang Ringgit Malaysia.

Mengapa Malaysia dipilih? Menurut Pengarah WeChat Pay Global, Grace Yin berkata, Malaysia memiliki komuniti Cina yang besar. Malah, Malaysia juga memiliki pengguna WeChat yang ramai, dilaporkan sebanyak 95% telefon pintar di Malaysia memiliki WeChat. Ini akan memudahkan pelaksanaan WeChat Pay.

Malaysia sendiri dilihat menjadi peneraju teknologi pembayaran digital, selepas pemilik Alibaba Group, Jack Ma menyertai Malaysia untuk melancarkan Zon Bebas Dagangan Digital (DFTZ).

Apa benda WeChat Pay ni?

WeChat Pay adalah sejenis dompet digital yang membolehkan pengguna membuat bayaran dalam talian mahupun luar talian secara fizikal. Pembayaran boleh dibuat semudah mengimbas kod bar ataupun kod QR, di dalam aplikasi serta di laman web.

Tetapi fungsi WeChat Pay paling menarik, adalah penghantaran wang sesama pengguna WeChat yang dikenali sebagai Hongbao (sampul merah). Senang nak bagi duit raya ataupun nak minta bayar hutang.

Sampul Merah Digital WeChat Pay

Satu lagi sistem pembayaran yang popular di China iaitu Alipay, telah pun bertapak di Malaysia dengan 7-Eleven menjadi peruncit pertama di Malaysia yang menyokongnya. CIMB dan Maybank juga dijangka akan menyediakan sokongan terhadap Alipay di Malaysia.

[SUMBER: Reuters]

Apa komen anda?