Selamat Tinggal Windows Phone Jasamu Dilupa

Share Button

Microsoft kini menghentikan sokongan untuk Windows Phone 8.1 bermula 11 Julai selepas tiga tahun mereka memperkenalkan kemas kini kepada pengguna. Ia menandakan telefon yang menjalankan sistem operasi selain Windows 10 Mobile OS dilupakan secara beransur-ansur.

Nokia Lumia 1020 dengan kamera 41 megapiksel

Buat masa ini, hampir 80% telefon dalam ekosistem Windows menggunakan Windows Phone 7, 8, dan 8.1, lebihan 20% pula menggunakan Windows 10 Mobil OS. Windwos Phone 8.1 adalah kemas kini besar-besaran Microsoft terhadap sistem operasi Windows Phone.

Dalam kemas kini tersebut, pembantu digital Cortana diperkenalkan. Selain itu, kemas kini antara muka turut diberikan termasuklah pengenalan pusat notifikasi. Walau bagaimanapun, ia masih gagal untuk bersaing dengan Android dan iOS yang mendominasi 99.6%pasaran baru telefon pintar.

Walaupun Microsoft masih menyokong Windows 10 Mobile, tidak diketahui sehingga bilakah mereka akan berbuat demikian kerana setakat ini sudah tiada telefon baru dilancarkan yang mendukung sistem operasi itu. Hal ini bermakna, lambat laun telefon yang sedang menjalankan Windows 10 Mobile akan menhadapi masalah ketaksesuaian pada perkakasan untuk menerima kemas kini.

Sementara itu, IDC menjangkakan bahawa telefon Windows Phone akan pupus sepenuhnya menjelang 2021.

[Sumber: The Verge]

Apa komen anda?