Sedarkah Apa Yang Anak-Anak Anda Sedang Tonton Di YouTube?

Share Button

YouTube adalah enjin carian kedua terbesar dan laman web paling kerap dilawati selepas Google dan Facebook. Saban tahun, masa yang dihabiskan pengguna untuk menonton kandungan YouTube naik berkali ganda berbanding masa yang digunakan untuk menonton TV.

Salah satu kebimbangan adalah kandungan video menjijikkan yang ditujukan pada anak-anak tak berdosa.

A post shared by ~shizuka~ (@shizuka.12.71) on

Terbaru adalah gejala yang digelar sebagai #elsagate oleh netizen. Di YouTube, terdapat video pelik memaparkan karakter kartun Elsa yang pengguna yang waras seperti kita, sudah tentu akan mengerutkan dahi apabila meilhat video itu. Yang peliknya, video tersebut menerima jutaan tontonan tanpa menerima apa-apa penalti daripada pihak YouTube!

Fenomena #elsagate dikatakan sedang menjalankan “Child Grooming” bagi membiasakan kanak-kanak dengan subjek-subjek sensitif melalui penggunaan watak-watak kartun kesayangan mereka.

Antara pola yang dapat dilihat pada video ini adala seperti:

  • penggunaan watak kartun popular seperti Elsa, Spiderman, Joker, dan Batman.
  • tema-tema pelik seperti kehamilan dan suntikan ubat ataupun yang lebih teruk, melibatkan penghambaan dan najis.
  • video menerima tontonan yang amat banyak tapi kebanyakkan komen yang diterima daripada profil Bot.
  • Menggunakan kata kunci yang sering dicari oleh kanak-kanak.

Apa yang pihak YouTube lakukan untuk bendung masalah ini?

“Remember “The Grandma Rule”: Is what you’re filming or posting something you’d want your grandmother, boss, future employer, parents, or future in-laws to see? If not, it’s probably not a great idea to post it.”

Ini adalah petikan daripada laman Teen Safety Google. Ia mencadangkan untuk penyedia kandungan tidak menyediakan video yang boleh mengundang persepsi negatif daripada orang lain. Tapi cuba anda lihat contoh di bawah, video dari Veritasium telah ditanda tidak selamat tetapi video Spiderman berak di dalam kolam penuh berisi coklat M&M tidak pula.

Mengapa begitu?

Apa tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ataupun pengguna yang waras?

Tanda & Lapor Video Yang Tak Sesuai

Membendung gejala ini memerlukan usaha yang kolektif kerana YouTube sebahagian besarnya dikendalikan oleh kecerdasan buatan (AI) untuk mengawal selia kandungan yang dimuat naik. Ia masih memerlukan input manusia untuk mengenal pasti baik dan buruk.

Usaha kolektif diperlukan untuk menjamin keselamatan ekosistem YouTube

Salah satu cara yang paling mudah adalah melaporkan apa-apa video yang dirasakan tidak sesuai ditonton kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ia tidak menjamin kandungan itu akan dibuang, sekurang-kurangnya jika jutaan pengguna melaporkan perkara yang sama, YouTube akan mengambil tindakan sewajarnya.

YouTube Kids

YouTube juga miliki apps khas untuk kanak-kanak yang dipanggil YouTube Kids (Android, iOS). Apps ini mengenakan kawalan yang lebih ketat kepada kandungan video yang dicadangkan pada penonton. Tetapi, masih terdapat beberapa kandungan yang terlepas masuk ke dalam ekosistem yang sepatutnya selamat untuk kanak-kanak ini.

Kandungan video boleh disaring mengikut tahap umur pengguna pada YouTube Kids

Anda boleh mematikan fungsi carian dan hanya bergantung pada algoritma YouTube untuk mencadangkan video apakah yang sesuai ditonton berdasarkan sejarah tontonan ataupun menghalang terus sesetengah kata kunci yang dirasakan tidak sesuai.

Guna Enjin Carian Alternatif: Kiddle

Enjin carian Google juga memaparkan kandungan YouTube pada hasil carian mereka. Kandungan-kandungan jijik ini juga boleh tertiris melalui cara ini. Maka, kami cadangkan Kiddle sebagai alternatif kepada enjin carian Google. Ia lebih ketat dan anda boleh mencadangkan halangan dikenakan kepada kata kunci dan halaman tertentu kepada pihak Kiddle.

Enjin carian Kiddle kenakan kawalan ketat keatas kata kunci yang ingin dicari

Anda boleh merujuk bagaimana YouTube mengklasifikasikan video yang berunsur seksual di halaman ini. Sila sebarkan maklumat ini untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan kita yang lebih dewasa ini bagi membantu anak-anak kecil menerima kandunan yang sesuai dengan tahap umur mereka.

Apa komen anda?