Remaja maut ketika mandi dengan telefon

Share Button

Seorang remaja berusia 14 tahun, maut di dalam bilik mandi disyaki kerana menggunakan telefon ketika mandi. Madison Coe yang berasal dari New Mexico, Amerika Syarikat dilaporkan sedang mandi di dalam tub mandi, ditemui tidak bermaya oleh ahli keluarganya.

Nenek Coe, Donna O’Guinn memberitau NBC News, cucunya itu ditemui dengan kesan terbakar di bahagian tangannya. Beliau berpendapat, Coe terkena kejutan elektrik ketika memegang telefon.

Madison Coe

Di dalam bilik mandi tersebut, pihak polis menemui sebuah telefon, alat pengecas serta kabel sambungan. Pihak polis masih belum menemui sebab kematiannya, tetapi menjangkakan ia berlaku mungkin kerana Coe mencapai telefon ketika ia dicas, atau Coe sedang cuba memasang pengecas telefon.

Ini adalah satu contoh kes di mana litar pintas boleh berlaku dan meragut nyawa. Ia tidak terhad kepada penggunaan telefon bimbit sahaja, tetapi apa jua perkakas elektrik terutama yang bersambung ke soket tenaga di dinding. Sentiasa berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga.

Let Madison Coe's (TX) life be a reminder – no cell phones near the bath, pool or any body of water. Madison's family and friends are in our prayers.

Posted by Centennial High PTSA on Tuesday, July 11, 2017

[SUMBER: Astro Awani]

Apa komen anda?