Melancong percuma ke tapak penggambaran Game of Thrones

Share Button

Winter is Coming, adalah ucapan popular dari rancangan Game of Thrones, yang baru sahaja bertemu kembali peminat dengan musim ke-7. Rancangan ini mengisahkan peperangan dahulu kala di antara pelbagai puak, menampilkan pemandangan dan suasana persekitaran yang sangat menarik.

Lagi best, anda sendiri boleh melawat lokasi penggambaran Game of Thrones menerusi skrin telefon anda. Ia boleh direalisasikan dengan menggunakan Street View di Google Maps.

Pasukan Street View dari Google telah mengumpulkan senarai lokasi penggambaran Game of Thrones, yang dikatakan lebih banyak dari senarai bunuh Arya Stark. Mereka mengumpulkan lokasi ikonik beserta pemandangan menarik ini ke dalam tiga kategori, iaitu keluarga Stark, keluarga Lannister dan keluarga Targaryens.

Lokasi Penggambaran Winterfell di Doune Castle, Scotland

Pengguna Street View akan dapat menikmati pemandangan seperti Winterfell, kampung halaman bagi keluarga Stark di mana lokasi sebenar penggambaran terletak di Scotland dan Ireland Utara. Ataupun melawat secara maya ke King’s Landing tempat di mana terletaknya kerusi yang menjadi idaman ramai, The Iron Throne. Penggambaran King’s Landing dibuat di Dubrovnik, Croatia.

Untuk senarai penuh lokasi penggambaran Games of Thrones yang sungguh menawan ini, layari Blog Google di sini.

Untuk peminat di Malaysia, tayangan terbaru Games of Thrones musim ke-7 boleh ditonton di Astro menerusi saluran HBO ataupun Astro GO. Ia disiarkan pada waktu yang sama dengan siaran di Amerika Syarikat.

[SUMBER: Blog Google]

Apa komen anda?