Logitech mahu ambil alih ASTRO bulan depan

Share Button

Logitech mahu mengambil alih ASTRO? Itulah pengumuman yang dibuat Logitech International hari ini tetapi ianya bukanlah ASTRO penyiar tv satelit tu. Sebaliknya ia adalah syarikat ASTRO Gaming, pengeluar aksesori audio untuk permainan PC & konsol yang telah menghasilkan pelbagai produk bermutu tinggi.

Produk audio yang dihasilkan ASTRO Gaming boleh digunakan bukan sahaja di komputer, tetapi di konsol seperti Xbox dan juga Playstation 4. Kepakaran ASTRO Gaming akan melengkapkan barisan produk Logitech khusus buat gamers oleh.

Antara set kepala ASTRO yang terkenal adalah model A40 dan A50. Baru-baru ini, ASTRO memperkenalkan set kepala A10, memberikan capaian produk premium mereka kepada orang ramai dengan harga yang lebih mampu dimiliki.

Tiga warna set kepala ASTRO Gaming A10

Logitech dilaporkan akan membeli ASTRO secara tunai dengan jumlah USD85 juta (~RM364 juta). Pengambil alihan ini akan selesai sekitar Ogos bulan depan. Tambah Logitech lagi, ASTRO Gaming membuka lembaran baru buat mereka untuk menembusi pasaran konsol pula.

Logitech yang telah beroperasi sejak 35 tahun lepas dan bertapak di Switzerland, memiliki jenama Logitech G yang dikhususkan untuk peminat tegar permainan komputer, serta jenama Utimate Ear yang menghasilkan produk audio premium.

Apa komen anda?