LG Q6 Bawa Intipati LG G6 Dalam Pakej Bajet

Share Button

LG hari ini melancarkan siri Q yang menjadi siri kedua telefon LG memiliki paparan FullVision selepas LG G6. FullVision menampilkan teknologi panel paparan berbingkai minimum serta nisbah ratio unik 18:9. LG Q6 diletakkan dalam kelas bajet tetapi masih memiliki ciri-ciri premium. 

Selain teknologi FullVision, LG Q6 juga mewarisi rekaan minimalis daripada LG G6. Tiada bonggol kamera hadir serta badannya diperbuat daripada alumunium.

Telefon ini tidak menggunakan kamera berkembar sebaliknya kamera tunggal bersensor 13MP. Kamera selfie pula sekuasa 5MP dengan jarak fokal panjang untuk memuatkan lebih ramai subjek.

Sebanyak tiga varian disediakan iaitu Q6α, Q6, dan Q6+. Mereka berebeza daripada segi RAM dan storan yang dimiliki.

Tiada harga dimumumkan tetapi LG Q6 akan mula dijual di beberapa pasaran utama sekitar Asia bermula bulan depan dan seterusnya disebarkan ke Eropah, Amerika Latin, dan Amerika Utara pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

[Sumber: LG]

Apa komen anda?