Kumpulan Kpop EXO hiasan terbaru Galaxy S8

Share Button

Peminat kumpulan kpop super popular EXO, kini berpeluang menambah koleksi cenderahati mereka dengan tawaran terbaru Samsung Galaxy S8. Samsung Malaysia kini memberikan casing telefon edisi khas EXO, untuk pembeli Samsung Galaxy S8.

Bagaimanapun, tawaran ini terhad kepada pembelian Galaxy S8 di pameran jelajah Samsung yang akan diadakan di South Court, Mid Valley Megamall dari 13 hingga 16 Julai 2017 sahaja. Hanya 500 unit casing ini disediakan sebagai hadiah percuma pembelian Galaxy S8.

Selain di pameran jelajah ini, pembeli Galaxy S8 dari Stor Samsung The Gardens Mall dan Mid Valley Megamall juga berpeluang mendapatkan hadiah percuma eksklusif ini.

Jika anda tidak memerlukan casing EXO ini, pembelian Galaxy S8 atau S8+ dalam waktu promosi di lokasi yang sama, turut menyediakan pilihan untuk anda menerima powerbank Samsung 5,100mAh percuma. Sebanyak 500 unit juga disediakan, dan pembeli perlu menebus hadiah ini di waktu dan lokasi yang sama.

Untuk maklumat lanjut tentang promosi Galaxy S8 dan casing EXO ini, layari laman Roadshow EXO & Galaxy S8|S8+.

Samsung Galaxy S8 dijual di Malaysia pada harga RM3,299 manakala Galaxy S8+ dengan skrin dan bateri lebih besar pula berharga RM3,699. Warna yang boleh dipilih pembeli bagi kedua-dua model Galaxy S8 ini adalah Midnight Black, Maple Gold dan Orchid Gray.

Samsung Malaysia juga baru memperkenalkan pilihan warna terbaru, Coral Blue untuk Malaysia baru-baru ini. Ini menjadikan Malaysia memiliki 4 pilihan warna untuk Galaxy S8 dan S8+.

Apa komen anda?