Kalau Berani, Daftarkan Pasukan Anda Untuk RBC 2017 Dota 2

Share Button

Pada awal Mei 2017 yang lalu, Red Bull telah mengumumkan kembalinya pertandingan esukan musim kedua Red Bull Coliseum (RBC) dengan menjanjikan hadiah yang lebih lumayan.

Lime permainan dipertandingkan iaitu DotA 2, CS:GO, FIFA 17, Overwatch dan FIFA Online 13. Dua daripada permainan itu telah dibuka pendaftarannya iaitu DoTA 2, dan FIFA 17.

DotA 2 RBC 2017 dibukan pendaftaran sehingga 19 Julai ini dengan pusingan kelayakan akan diadakan pada 21 hingga 23 Julai. Acara kemuncak pula akan diadakan di Malaysia pada 27 hingga 29 Oktober 2017.

Untuk FIFA 2017, pendaftaran sudahpun dibuka dan pusingan kelayakan akan diadakan antara 12 Ogos hingga 27 Ogos 2017. Perlawanan akhir akan diadakan pada 3 September 2017.

Keunikkan RBC tahun ini adalah ia kini dibuka untuk pemain sekitar Asia Tenggara. Pusingan kelayakan untuk kesemua permainan akan dilakukan di negara masing-masing dengan Malaysia menjadi hos untuk pusingan akhir kelak.

Red Bull ingin meningkatkan tahap persaingan disamping memberi peluang kepada bakat-bakat tempatan berasimilasi dengan pemain-pemain luar.

Layari laman rasmi Red Bull eSports untuk maklumat lanjut:

  • Klik pautan ini untuk mendaftarkan pasukan DotA 2
  • Klik pautan ini untuk mendaftarkan diri untuk FIFA 2017

Apa komen anda?