Kalau Anda Alergi Dengan USB-C, Anda Boleh Tempah Surface Pro (2017) Sekarang

Share Button

jSurface Pro (2017) dilancarkan pada pertengahan Mei 2017 dan tempahannya kini dibuka untuk pasaran Malaysia melalui laman Lazada. Komputer Surface daripada Microsoft telah menubuhkan satu kategori baru dalam jenis komputer hari ini.

Ia adalah komputer yang memiliki tahap mobiliti yang tinggi namun masih memberikan kuasa pemproses seperti komputer yang lain. Misalnya, Surface Pro (2017) menggunakan cip Intel generasi ke-7 yang lebih berkuasa serta jimat tenaga.

Baterinya pula lebih berkuasa bagi memberikan waktu penggunaan sehingga 13 jam lamanya. Ia dicapai dengan penggunaan cip pemproses serta sistem operasi yang telah dioptimumkan.

Satu masalah yang ada pada komputer ini adalah ketiadaan port USB-C. Microsoft masih mengekalkan mini DisplayPort berbanding USB-C yang lebih versatil.

Salah satu keunikan Surface Pro adalah penggunaan fabrik sebagai pelapik untuk papan kekuncinya. Fabrik Alcantara menerima reaksi bercampur baur kerana untuk sudut positifnya ia memberikan kelainan dan keselesaan semasa meletakkan tangan.

Namun begitu, untuk jangka masa yang panjang, fabrik Alcantara akan menjadi comot dan harga sebuah papan kekunci Surface adalah RM 669 menjadikannya fabrik Alcantara tidak praktikal bagi sesetengah pihak.

Di Amerika Syarikat, Surface Pro (2017) dijual pada harga bermula USD 799 (RM 3,427), untuk pasaran Malaysia, Surface Pro (2017) dijual pada harga bermula RM 3,699. Senarai penuh produk surface 2017 adalah seperti berikut:

  • Surface Pro (2017) Core-M3, SSD 128GB, RAM 4GB — RM 3,699
  • Surface Pro (2017) Core-i5, SSD 128GB, RAM 4GB — RM 4,499
  • Surface Pro (2017) Core-i5, SSD 256GB, RAM 8GB — RM 5,899
  • Surface Pro (2017) Core-i7, SSD 256GB, RAM 8GB — RM 7,199
  • Surface Pro (2017) Core-i7, SSD 512GB, RAM 16GB — RM 9,999
  • Surface Arc Mouse (2017) — RM 399
  • Surface Pen (2017) — RM 299
  • Surface Type Cover (2017) — RM 669

Jika anda berminat untuk menempah sebuah, sila layari laman tempahan di Lazada Malaysia.

Apa komen anda?