Jangan Mimpilah Untuk Guna VPN Di China

Share Button

Bermula Februari 2018, kerajaan China telah mengarahkan semua pengendali perkhidmatan telekomunikasi mematikan sokongan VPN di seluruh negara. Sebagai salah satu kaedah untuk berhubung dengan kandungan Internet luar China selepas penguatkuasaan Great Firewall of China , halangan ini mematikan saluran utama pengguna kebanyakkan di dalam China untuk berhubung keluar.

Langkah ini dilihat memberi kesan pada pengguna individu kerana tiada kenyataan rasmi yang merujuk pada kesan halangan VPN kepada syarikat korporat multinational yang perlu berhubung dengan cawangan-cawangan yang berada di luar negara.

Setakat ini, syarikat luar yang beroperasi di China menyewa talian khas untuk mengakses Internet global tetapi ia perlu didaftarkan serta direkodkan.

China adalah antara negara yang mengenakan sekatan yang tinggi terhadap Internet. Pengguna di sana tidak memiliki akses terhadap perkhidmatan Facebook dan Google misalnya. Sebaliknya mereka diberikan alternatif seperti Weibo untuk mengantikan Facebook dan Beidou untuk mengantikan Google.

Ia selaras dengan usaha Presiden Xi Jinping untuk mewujudkan kedaulatan siber di China.

[Sumber: Bloomberg]

Trackbacks

  1. […] baru-baru ini telah mengarahkan semua pengendali perkhidmatan telekomunikasi mematikan sokongan VPN di seluruh negara. Kebanyakan syarikat korporat antarabangsa menggunakan perkhidmatan VPN untuk […]

Apa komen anda?