iflix Originals pamer lawak tanpa tapisan di Oi! Jaga Mulut

Share Button

Penyedia kandungan TV internet yang lahir dari Malaysia, iflix akhirnya mengumumkan produksi asli pertama keluaran mereka. Bukan dalam bentuk drama atau filem, sebaliknya iflix memilih rancangan komedi stand-up sebagai pilihan pertama iflix Original.

Oi! Jaga Mulut bukanlah rancangan komedi sebarangan seperti Raja Lawak. Sebaliknya ia adalah satu rancangan komedi tanpa sebarang halangan dan tapisan. Untuk anda yang hati tisu, mungkin mudah terasa hati dengan lawak sebegini. Tetapi lawak yang penuh lazer, tajam dan dua makna ini, pasti mampu menggeletek hati dan perut ramai penonton di Malaysia.

Rancangan ini dihoskan oleh Haniff Hamzah, dan antara pelawak yang terlibat menjayakan siri ini adalah Joanne Kam, Papi Zak, Rayza Mukmin, Jon Atherton dan ramai lagi. Ia menampilkan rancangan komedi serba baru untuk tontonan rakyat Malaysia.

Oi! Jaga Mulut boleh mula ditonton di iflix pada 24 Julai 2017, dan akan memaparkan episod baru pada setiap hari Isnin berikutnya.

Selain Malaysia, iflix turut membuat rakaman yang sama di Filipina dan Indonesia, di mana ia dikenali sebagai Bibig Mo di Filipina dan Oi! Jaga Lambe di Indonesia.

iflix kini memiliki lebih 5 juta ahli, denagn lebih 5 bilion minit telah distrim sejak dilancarkan. iflix juga telah bertapak di 18 buah negara melangkaui Asia Tenggara, seperti Timur Tengah serta Afrika Utara.

Bagi yang belum pernah mencuba, iflix memberi langganan percubaan percuma sepenuhnya selama 30 hari. Jadi, anda boleh mencuba sendiri iflix dan menonton semua kandungan yang terdapat di dalamnya. Selepas 30 hari, anda pasti mahu melanggannya kerana yurannya hanyalah RM10 sebulan.

Untuk mula menonton atau melanggan, layari laman web www.iflix.com. iflix juga boleh ditonton menerusi aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun di Apple Appstore dan Google Playstore.

Apa komen anda?