honor 8 pro lebih jimat dan berkuasa dari Huawei P10

Share Button

Skrin lebih besar, bateri tahan lebih lama serta prestasi lebih gagah perkasa adalah apa yang dibawakan oleh honor 8 Pro, telefon pintar terbaru honor di Malaysia. Ia jelas memberi lebih banyak kelebihan berbanding honor 8 yang dilancarkan awal tahun ini, dengan harga yang tidak jauh berbeza.

honor Malaysia hari ini melancarkan honor 8 Pro pada harga RM1,999 dengan dua pilihan warna iaitu Biru dan Hitam. Hanya satu model kapasiti dan ram yang diperkenalkan untuk pasaran Malaysia: 64GB storan + 6GB RAM.

Kegagahan honr 8 Pro dapat dilihat apabila ia dikuasakan pemproses Kirin 960 baru, yang turut sama terdapat di dalam Huawei P10. Tetapi ia menjadi lebih menarik kerana honor 8 Pro memiliki 6GB RAM bersama 64GB storan dalaman.

Tambah menarik lagi apabila honor 8 Pro memiliki bateri yang besar, berkapasiti 4,000mAh. Ia turut disertakan pengecasan 9V2A yang pantas mengisi tenaga ke dalam bateri besar ini menggunakan kabel USB-C.

Perbezaan ketara honor 8 Pro adalah materi besi yang digunakan di belakang, bukannya kaca seperti di honor 8. Badannya juga lebih besar kerana memuatkan skrin berukuran 5.7-inci dengan paparan ultra tajam QuadHD. Pengimbas cap jari yang pantas mengesan, terletak di bahagian belakang.

Penggemar kamera di telefon pintar pasti tidak akan kecewa dengan kemampuan dwi-lensa kamera belakang honor 8 Pro, yang menjadi perumah kepada gandingan lensa RGB dan monokrom. Ibarat kuasa Leica di Huawei P10, kamera dwi-lensa 12MP ini menangkap gambar dengan lebih ketelitian bersama warna-warni yang menawan. Bagi swafoto, ia diuruskan oleh kamera 8MP di hadapan.

honor 8 Pro kini boleh didapati menerusi pengedar di seluruh Malaysia. Di Vmall.my, ia menyediakan hadiah percuma berupa powerbank 5,000mAh untuk 100 pembeli pertama. Jika berminat, segera ke Vmall.my untuk mendapatkannya sekarang.

Trackbacks

  1. […] Ketibaan Honor 8 Pro dengan harga yang menarik, menyebabkan kejatuhan harga kepada adiknya Honor 8. Telefon dengan kilauan kaca di belakang ini merupakan jelmaan Huawei P9 tetapi tanpa jenama Leica. […]

  2. […] Mula-mula sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Honor Malaysia yang menyediakan telefon pintar Honor 8 Pro untuk bahan ujian. Ia adalah telefon kelas utama berprestasi tinggi, dengan harga tidak setinggi lain iaitu RM1,999 sahaja. Maklumat lanjut tentang Honor 8 Pro boleh dirujuk di sini. […]

Apa komen anda?