Habislah Pemain Mobile Legends Yang Dah Beli Banyak Diamond

Share Button

Permainan MOBA yang sedang hangat dimainkan hari ini di telefon, Mobile Legends (ML) kini dalam masalah besar apabila penerbit League of Legends (LoL), Riot Games mengambil keputusan untuk menyaman Shanghai Moonton Technology Co. Ltd. atas sebab kecurian harta intelek.

Ia bukanlah kali pertama, pada awal pelancaran, ML pernah dibuang daripada PlayStore selepas Google menerima aduan Riot Games. Kemudian Moonton memuat naik kembali permainan tersebut dan hanya melakukan perubahan pada nama permainan walhal kandungannya masih serupa.

Antara asas yang diketengahkan oleh Riot Games adalah seperti penggunaan persekitaran peta permainan yang hampir sama dengan “Summoner’s Rift” yang ada pada LoL.

Peta yang dikatakan ditiru ML daripada LoL

League of Legend dilancarkan di Amerika Utara pada 2009 oleh pihak Riot Games sendiri. Permainan ini telah dimasukkan secara rasmi ke China pada 2011 selepas sebahagian besar pegangan syarikat Riot Games dibeli oleh Tencent  yang merupakan sebuah syarikat permainan terbesar di dunia dari China.

Raksasa pemberi “buff” dan beberapa gaya huruf yang didakwa ditiru

Kemudian pada 2015, Honor of Kings dilancarkan oleh Tencent Games yang menampilkan ciri-ciri amat serupa seperti LoL, cuma ia dimainkan di iOS & Android.

Mobile Legend pula dilancarkan pada Julai 2016 oleh Shanghai Moonton Technology Co. Ltd. Selain Mobile Legends, terdapat beberapa permainan lain yang menggunakan enjin permainan yang serupa dengan King of Glory seperti:

[Sumber: Dot Esport]

Trackbacks

  1. […] beberapa minggu yang lepas Riot Games dilapor menyaman pembangun Mobile Legends, hari ini arena League of Legends (LoL) digemparkan sekali lagi dengan kemenangan saman Edgar […]

  2. […] peminat Mobile Legends di Malaysia tidak tergugat dengan saman Riot Games terhadap Moontoon, kerana pertandingan Mobile Legends semakin rancak diadakan. Salah satu darinya, […]

Apa komen anda?