Ganjaran untuk guna & pandu Grab bersama Celcom

Share Button

Satu kerjasama telah dimeterai antara Celcom Axiata bersama Grab, penyedia perkhidmatan tempahan pengangkutan digital, di mana pelanggan Celcom akan menerima manfaat bukan sahaja sebagai penumpang, malah buat rakan pemandu Grab juga.

Pertama sekali, semua pengguna Celcom tidak akan dikenakan caj data sepanjang menggunakan aplikasi Grab. Dengan ini, tidak perlu risau kehabisan data jika menaiki mahupun memandu Grab. Rasanya aplikasi Grab pun tidak menggunakan data yang banyak, berbanding tenaga bateri kerana GPS yang aktif.

Celcom juga menyediakan diskaun khas bagi pelanggannya untuk menggunakan Grab. Dengan menggunakan kod CELCOM5, pengguna boleh menikmati diskaun RM5 sebanyak 5 kali.

Bagaimanapun, ia terhad kepada 5,000 penggunaan setiap bulan, dan berjalan dari bulan Julai sehingga Disember 2017. Satu lagi, hanya penggunaan kad kredit & debit sahaja boleh menerima diskaun ini. Maklumat lanjut promosi ini boleh disemak di laman web Grab Celcom Loyalty.

Bagi pemandu Grab yang juga pengguna Celcom, tawaran menarik untuk pembelian peranti akan disediakan tidak lama lagi. Ia boleh didapati bersama langganan pelan Celcom FIRST dan digunakan dengan rangkaian Celcom Lightning Fast LTE.

Nantikan pengumuman serta tawaran Celcom yang lebih menarik, menerusi laman web www.celcom.com.my.

Apa komen anda?