Gangnam Style bukan lagi video paling banyak ditonton

Share Button

Demam lompat kuda melanda dunia 4 tahun lepas apabila penyanyi lelaki dari Korea, Psy menghasilkan lagu Gangnam Style. Ia telah menjadi tular dengan pantas dan menjadi video pertama di YouTube yang mencecah 1 bilion tontonan.

4 tahun telah berlalu dan kini takhta tontonan terbanyak di YouTube bukan lagi milik Psy, tetapi beralih kepada video lagu kenangan Paul Walker, See You Again oleh Wiz Khalifa. Buat masa ini, video See You Again mempunyai 2,894,800,554 tontonan berbanding Gangnam Style dengan 2,894,267,22 tontonan.

See You Again oleh Wiz Khalifa

Lagu See You Again merupakan lagu soundtrack kepada filem Furios 7, di mana salah seorang pelakon utamanya, Paul Walker meninggal dunia dalam satu kemalangan. Kereta Prosche yang dinaikinya bersama rakan terbabas dan meletup dalam kebakaran. Ketika itu, filem Furios 7 masih dalam proses penggambaran dan diteruskan dengan menggunakan kesan khas komputer (CGI), sambil mengubahsuai sedikit skrip.

Selepas dua video ini, video YouTube terdekat yang memiliki tontonan paling banyak adalah lagu Sorry oleh Justin Bieber. Video ini dimuat naik pada Oktober tahun lepas dan kini memiliki 2,635,335,300 tontonan.

Tempat ke-4 pula adalah milik video Uptown Funk oleh Mark Ronson yang turut menampilkan Bruno Mars. Video ini telah berada di YouTube sejak November 2014 dengan jumlah tontonan terkini sebanyak 2,550,302,686 tontonan.

Video YouTube di tempat kelima merupakan video popular yang terkini. Ia baru sahaja dimuat naik 5 bulan lepas dan menjadi tular disebabkan Justin Bieber. Tidak lain dan tidak bukan ia adalah lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi bersama Daddy Yankee. Tontonannya kini mencecah 2,480,747,610. Jika ia masih tular, tidak mustahil ia boleh menjadi video paling banyak ditonton di YouTube tidak lama lagi.

Adakah anda rasakan terdapat video lain yang boleh meningkat dan mengatasi lagu di dalam senarai 5 teratas ini, atau menjadi yang pertama mencecah tontonan sebanyak 3 bilion?

[SUMBER: SydneyMorningHerald, AllKpop]

 

Trackbacks

  1. […] juga memintas video Gangnam Style selaku video paling banyak ditonton di YouTube minggu […]

Apa komen anda?