Empat telko beradu kelajuan di MRT Bawah tanah

Intro

Share Button

Apabila Digi menghantar jemputan bertajuk ‘4G LTE Challenge‘, kami fikirkan Digi mahu menunjukkan kelebihan liputan rangkaiannya di laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang baru dibuka. Maka persiapan pun dibuat untuk membandingkan terus kesemua 4 syarikat telekomunikasi (telko) utama di Malaysia iaitu Celcom, Maxis, U Mobile dan pastinya Digi.

Mula-mula sekali, ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Honor Malaysia yang menyediakan telefon pintar Honor 8 Pro untuk bahan ujian. Ia adalah telefon kelas utama berprestasi tinggi, dengan harga tidak setinggi lain iaitu RM1,999 sahaja. Maklumat lanjut tentang Honor 8 Pro boleh dirujuk di sini.

Selain telefon, kami turut membawa sendiri kad sim 4 telko tadi. Untuk makluman, kesemua kad sim ini adalah kad sim prabayar. Dari pengamatan kami, tiada perbezaan prestasi antara pascabayar dan prabayar, jadi tidak usah risau tentang diskriminasi kelajuan.

Untuk ujian prestasi rangkaian, kami menggunakan tiga aplikasi yang dimuat turun dari Google Playstore iaitu Speedtest dan Open Signal untuk menguji kepantasan rangkaian, serta LTE Discovery untuk melihat jalur yang digunakan. Server ditetapkan ke manual, menghala ke Telekom Malaysia, Kuala Lumpur.

Dengan persiapan telefon dan kad sim tadi, maka cabaran 4G LTE di MRT kami pun bermula. Perhentian pertama adalah stesen MRT Phileo Damansara. Ia adalah stesen bertingkat tinggi yang terbuka. Ia diikuti 7 stesen MRT bawah tanah.

Di bawah ini, kami tampal dahulu gambar ujian kelajuan yang dibuat menggunakan aplikasi Open Signal dan Speedtest. Penerangan, jadual dan rumusan boleh dibaca di halaman seterusnya.

P/S: Jangan cuba buat ujian sendiri macam ni, sebab Speedtest & Open Signal makan data kaw-kaw. Untuk Maxis je, habis dekat 3GB dalam masa sejam.

Stesen MRT Phileo Damansara

Semua telko menggunakan Band 7 (2600MHz) kecuali Digi Band 3 (1800MHz)

 

Stesen MRT Muzium Negara

 

Stesen MRT Pasar Seni

 

Stesen MRT Merdeka

 

Stesen MRT Bukit Bintang

 

Stesen MRT Tun Razak Exchange

 

Stesen MRT Cochrane

 

Stesen MRT Maluri

 

Halaman seterusnya: Syukur semuanya 4G LTE

Apa komen anda?