Dua Earphone Sol Republic Ini Khas Untuk Anda Yang Aktif

Share Button

Mungkin nama Sol Republic (SR) kedengaran asing di sini. Tetapi, mereka sudah bertapak di Malaysia sekurang-kurangnya sejak 2013 lagi. Terbaru, mereka melancarkan dua produk audio khusus untuk pengguna Malaysia. SR Amps Air dan SR Relay Sports Wireless adalah dua earphone Bluetooth dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

SR Amps Air adalah alternatif kepada Apple Air Pods, Samsung Gear IconX, ataupun Jabra Elite Sport. Sungguhpun begitu, ia tidak memiliki akselerometer untuk merekodkan aktiviti senaman pengguna seperti earphone yang lebih mahal. Cumanya, pada RM900, SR Amps Air adalah yang paling murah dalam kalangan empat yang dinyatakan di atas.

Kotak penyimpanan turut berfungsi sebagai pengecas kerana didalamnya terbina bateri bersaiz 2,200mAh yang boleh mengecas earphone sebanyak 15 kali ataupun bateri boleh digunakan untuk mengecas telefon. Amp Air memberikan sehingga 3 jam waktu penggunaan dengan setiap cas penuh.

Butang yang hadir pada earphone boleh digunakan untuk menjawab panggilan, mengaktifkan pembantu maya seperti Siri dan Google Assistant serta mengawal muzik yang sedang dimainkan semasa bersenam.

SR Relays Sport Wireless ditujukan untuk pengguna yang aktif. Earphone ini memberikan sehingga 8 jam waktu penggunaan apabila dicas penuh. Tambah menarik, fungsi pengecasan turut ada yang memerlukan pengecasan 10 minit untuk digunakan selama sejam.

FreeFlex™ adalah teknologi unik yang ada pada SR Relays Sport Wireless. Ia membolehkan earphone terus melekat didialam terowong telinga walaupun penggunanya bergerak lasak.

SR Relays Sport Wireless dijual pada harga RM400. Semua produk  Sol Republic boleh didapati di RadioShack terpilih di seluruh negara ataupun melalui Lazada.

Apa komen anda?