Despacito Tawan Dunia Strim

Share Button

Selepas 6 bulan diterbitkan, lagu Despacito kini menjadi lagu paling banyak distrim dalam sejarah. Lagu nyanyian Luis Fonsi & Daddy Yankees itu meraup 4.6 billion stream. Ia mengambil kira sebuah lagi remix Despacito yang menampilkan Justin Bieber.

Sebelum ini, rekod itu dipegang oleh Justien Bieber melalui lagunya “Sorry” dengan strim sebanyak 4.38 tontonan.

Separuh daripada 4.6 billion itu datangnya daripada YouTube dan selebihnya daripada plebagai platform penstriman yang lain sperti Spotify. Kedua-duanya menyumbang sejumlah 92% strim kepada lagu tersebut.

Ia juga menyertai video Gangnam Style selaku 5 video paling banyak ditonton di YouTube minggu lepas.

Sementara itu, penyiar kebangsaan Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyekat daripada memainkan lagu dek ketaksesuaian liriknya dengan nilai-nilai murni masyarakat kita.

Panel penilai RTM memutuskan untuk berhenti daripada memainkan Despacito selepas mengamati liriknya yang mempunyai unsur-unsur lucah.

[Sumber: Universal Music, Straits Times]

Apa komen anda?