Biarpun nampak biasa, ramai tak tahu seni fotografi dalam P10

Share Button

Dalam dunia fotografi menggunakan fon, rakaman biasanya dalam mod default yang menghasilkan foto nampak biasa saja namun apabila menggunakan model seperti Huawei P10, fon anda nampak lebih banyak berfungsi sebagai ‘state of art’ berbanding penggunaan biasa.
Lumrahnya dengan fon biasa, merakam foto memerlukan banyak faktor luaran bagi mencantikkan imej seterusnya menjadikan seni fotografi nampak hidup. Namun sejak dua tiga bulan ini, kita boleh menukar fon kepada sebuah kamera dan menghasilkan banyak imej-imej menarik.

Misalnya kalau dulu orang tidak kenal pun pada kesan bokeh tapi dengan P10, ia nampak hidup. Imej latar belakang yang dikaburkan memang menyerlah objek utama di depan memberikan gambar ‘sense of space’.

Semuanya terhasil dengan teknologi apertur besar dan kerjasama Leica yang memberi kemewahan kepada foto. Sam melihat karya jurugambar SuperStudio, Xing Chao yang memanfaatkan bokeh ini dan hasilnya memang mengagumkan.

Kalau orang kata, “yelah, mereka jurugambar profesional”, ‘orang’ itu agak silap kepada pada mod default pun anda boleh merakam gambar sama atau mungkin perlu menekan satu butang lain saja yang mudah.

Berbalik kepada Chao, apabila beliau merakam foto dengan tema ‘Mother and Daughter’, subjek memang jelas menonjol dalam imej, memberikan impak kepada audien yang melihat foto tersebut.

Kemudian, wujud pula fotografi jenis monokrom yang mula-mula diperkenalkan pada model fon Huawei P9. Ada yang bertanya kepada Sam, apa gunanya fotografi monokrom. Baik! Kalau kita lihat pada ekosistem trend semasa, setahun dua ini adalah zaman hitam putih, klasik.

Ciri klasik memang sangat baik ditampilkan pada monokrom yang memberikan semangat nostalgia pada imej. Ia nampak sangat asli, sangat segar dan bak kata mat saleh, ‘sleek’. Ketika semua warna dibuang, kualiti pencahayaan dan bayang-bayang pada lapisan foto menggunakan P10 memang nampak terperinci.

Memetik kata-kata seorang lagi jurugambar, Shen Qi, hanya warna yang ‘pure’ saja boleh memberi kehidupan dan pure itu bukanlah komplikated. Struktur warna hitam putih dalam imej boleh menghasilkan keghairahan dan wajah seseorang itu nampak ‘nur’nya meskipun di sebalik monokrom.

Satu lagi keupayaan tanpa sedar yang kita perlu lihat pada P10 ialah dengan keupayaan zum. Lensa zum memberikan lebih kebebasan kepada jurugambar untuk melakukan komposisi tanpa terhad kepada faktor jarak.

Sebab itu dengan kamera dwi lensa bersama jarak fokal yang ideal memberi kualiti imej yang konsisten pada 1x atau 2x walaupun kita tahu jika ia telefon biasa, sekali zum pun sudah mengakibatkan gambar pecah.

Apa komen anda?