Zum optikal dengan kamera dwi-lensa OPPO R11

Share Button

OPPO semakin hebat memasarkan telefon pintar mereka dengan kamera yang hebat, kali ini dengan pelancaran baru OPPO R11 di China. Ia adalah telefon pintar pertama dari OPPO, dilengkapi dwi-lensa kamera belakang yang kian popular di kalangan pembuat telefon pintar.

Dwi-lensa pada kamera belakang OPPO R11 ini adalah gandingan lensa tele dan lensa lebar. Ini memberikannya ibarat zum optikal 2x pada sensor 20MP. Kamera hadapan juga turut menggunakan sensor 20MP. Kali ini, OPPO R11 dilengkapi pemproses imej Qualcomm Spectra ISP.

Kuasa OPPO R11 diuruskan oleh pemproses baru Qualcomm Snapdragon 660, yang dikatakan 20% lebih berkuasa dari Snapdragon 653. RAM sebanyak 4GB dan storan dalaman 64GB dimuatkan di dalamnya.

Skrin OPPO R11 berukuran 5.5-inci, menggunakan paparan AMOLED dengan resolusi HD Penuh. Ia memiliki badan besi sepenuhnya, dengan garisan antena belakang di atas dan bawah telefon berbentuk U.

Kapasiti bateri OPPO R11 sebesar 2,900mAh dan disertakan pengecasan pantas VOOC. Ia menjalankan sistem operasi Android 7.1 Nougat bersama antaramuka ColorOS.

OPPO masih belum mendedahkan harga R11, tetapi ia akan mula dijual di China bermula 10 Jun 2017. Rasanya harga OPPO R11 nanti berada di atas OPPO R9s yang berharga RM1,828 di Malaysia. Ada tak peminat telefon pintar OPPO di Malaysia yang tak sabar nak dapatkan OPPO R11?

[SUMBER: OPPO China, GSMArena]

Trackbacks

  1. […] belum ada khabar tentang OPPO R11 akan tiba di Malaysia, tetapi OPPO Malaysia tidak membiarkan peminat menunggu kosong. OPPO R9s yang […]

Apa komen anda?