ThinkPad P51s Dengan NVIDIA Quadro Perkasa Workstation Terbaru Lenovo

Share Button

Lenovo mengemas kini laptop dalam kategori workstation mereka dengan pengenalan Thinkpad P51s. Sungguhpun menerima beberapa penambahbaikkan ketara berbanding Thinkpad P50 yang dilancarkan Ogos 2015, ia hadir dalam badan yang lebih kompak dan ringan iaitu 1.99kg.

Jika anda sering menggunakan laptop dalam persekitaran lasak, ThinkPad P51s tiada masalah untuk mengharunginya dengan adanya cap piawiaan tentera (MIL-SPEC). Laptop itu sudahpun diuji dalam keadaan kelembapan, suhu, kegagaran, dan ketinggian melampau.

Salah satu fungsi menarik yang semakin jarang didapati dalam laptop masa ini adalah baterinya boleh dicabut. Menggunakan teknologi Power Bridge, bateri boleh ditukar tanpa perlu mematikan laptop.

ThinkPad P51s kini menggunakan cip Intel Kaby Lake terbaru iaitu Core i7-7600U dengan RAM DDR4 seluas 16GB. GPU juga telah dikemas kini kepada NVIDIA Quadro M520M.

Bateri boleh tanggal tanpa perlu matikan laptop

Lenovo menawarkan P51s dalam konfigurasi panel paparan sehingga 4K pada harga bermula RM 6,999. Ia akan mula dijual pada pertengahan Julai 2017.

Selain pengumuman ThinkPad P51s, Lenovo juga mengumumkan bahawa model ThinkPad X1 Carbon, X1 Yoga, dan ThinkPad 13 kini telah dikemas kini untuk menggunakan cip pemproses Intel generasi ketujuh.

Berkunjung ke laman rasmi Lenovo untuk maklumat lanjut.

Apa komen anda?