Pemain muzik paling tahan lasak untuk peminat kecergasan

Share Button

Ramai peminat kecergasan gemar mendegar lagu sambil menjalankan aktiviti kecergasan. Bagi yang mahukan pemain lagu wayarles yang lasak, Sony memperkenalkan pemain lagu WS623 Walkman dengan teknologi Bluetooth.

Walkman boleh pakai ini menampilkan rekaan ergonomik yang nipis dan ringat. Paling utama, ia sentiasa melekat di telinga tanpa tercabut, walaupun pengguna aktif bersenam. Ia tahan cuaca ekstrem, dari suhu -5°C hingga 45°C menjadikannya mesra untuk pendakian bukit dan gunung.

Lebih menarik, ia kalis air dan debu IP68, dan boleh dibawa masuk ke dalam air laut sedalam 2 meter sehingga 30 minit. Jadi, air peluh bukan masalah langsung baginya. Tetapi ia memerlukan bud telinga kalis air, yang turut didatangkan bersama pelbagai saiz bud telinga biasa.

WS623 menggantikan model NW-WS413, kini dilengkapi sambungan Bluetooth dan NFC, membolehkan pengguna menstrim muzik dari telefon pintar, atau pun menyimpan lagu di storan dalaman berkeluasan 4GB.

Walkman ini dilengkapi Mod Bunyi Ambien, di mana pengguna boleh mengaktifkannya untuk mendengar bunyi sekeliling. Tidak perlu mencabut lagi untuk bercakap dengan rakan sambil terus mendengar muzik.

Kuasa bateri yang terbina di dalamnya, membolehkannya memainkan lagu berterusan sehingga 12 jam dalam satu cas penuh. Kepantasan pengecasannya, membolehkan penggunaan selama 60 minit dengan 3 minit cas sahaja. Cas penuh mengambil masa selama 1.5 jam.

Berminat untuk memilikinya? WS623 Walkman kini telah dijual di Stor Sony dan Sony Centre terpilih di seluruh Malaysia, dengan harga jualan RM599. Ia didatangkan dalam empat warna iaitu Hitam, Biru, Hijau dan Putih.

Lebih banyak info boleh didapati dengan melayari laman produk Sony WS623 Walkman.

Apa komen anda?