Sony A9, Baru Betul Profesional

Share Button

Sony a9 adalah jawapan Sony kepada kamera kelas professional seperti Canon 1DX dan Nikon D5. Berbanding barisan kamera Canon dan Nikon yang tergolong dalam kategori DSLR, a9 boleh diletakkan dalam kategori mirrorless interchangeable lens camera (MILC).

Kamera ini adalah produk kamera pertama Sony yang menggunakan teknologi sensor CMOS bertindih (stacked CMOS sensor) yang dilancarkan mereka sekitar Februari yang lalu.  Maka pengguna akan menerima sesor berbingkai penuh beresolusi 24.2 megapiksel.

Salah satu ciri unik MILC adalah pengatup elektroniknya. Bekerja di lokasi yang memerlukan jurugambar menghasilkan bunyi yang minimum seperti pernikahan memang mencabar untuk DSLR kerana mereka menggunakan pengatup fizikal. Pengatup elektronik Sony a9 boleh mengambil gambar sepantas 20 bingkai sesaat supaya anda tak terlepas persitiwa penting.

Jurugambar yang berkecimpung dalam genre sukan, hidupan liar, malah perkahwinan pasti akan menyukai kamera ini.

Satu lagi ciri yang menyerlahkan kamera ini berbanding yang lain adalah kehadiran penstabil imej terbina dalam badan kamera itu sendiri. Tak kiralah apa jenis lensa yang anda gunakan, anda akan sentiasa menerima gambar yang stabil.

Untuk videografi, kamera ini mampu mengambil video 4K pada kadar 30fps. Lebih menarik, ia menggunakan keseluruhan sensor untuk tujuan mengambil video.

Pemidang tilik digitalnya menerima panel LCD dengan 3.6 juta bintik serta mempunyai kadar segar semula sepantas 120fps. Paparan LCD belakang pula boleh dikilas serta miliki panel berbintik 1.44 juta peka sentuhan.

Satu kelemahan ketara pada sebuah kamera MILC adalah hayat baterinya yang terhad berbanding DSLR. Ia kerana MILC hadir dalam badan kompak serta sensornya yang perlu sentiasa membaca maklumat cahaya yang jatuh keatasnya amat membebankan bateri. Sony cuba menangani kekurangan ini dengan bateri baru yang lebih besar, sebesar 2,280mAh.

Sony a9 dipasarkan pada harga RM21,799.

Apa komen anda?