Sayonara Samsung, CPU 7nm Qualcomm Akan Dihasilkan TSMC

Share Button

Qualcomm telah bekerja sama dengan Samsung untuk menghasilkan cip 10nm, Snapdragon 835, pada penghujung tahun lepas. Ia digunakan oleh hampir semua flagship 2017. Untuk cip 7nm pula, Qualcomm telah memilih TSMC untuk mengeluarkan cip generasi baru mereka.

TSMC sasar untuk tawan pasaran teknologi CPU 7nm

Ia memberi satu lagi tamparan hebat kepada Samsung selepas Apple turut memilih TSMC untuk menghasilkan cip A11 kelak.

Selain Snapdragon 835, Samsung turut telah menghasilkan cip Snapdragon 820 dan 821 menggunakan teknologi FinFET 14nm daripada Samsung.

Produk TSMC dalam kategori 10nm tidak terlalu menyerlah berbanding Samsung. Misalnya, MediaTek Helio X30 dilancarkan di MWC 2017 baru-baru ini masih belum kelihatan di mana-mana telefon dalam pasaran setakat ini.

Qualcomm dijangka gunakan teknologi DynamIQ untuk lipat gandakan prestasi CPU telefon

Mungkin TSMC telah mengalihkan fokus mereka terus kepada 7nm untuk lebih berada dihadapan berbanding Samsung dan Globalfoundries yang merupakan antara pemain gergasi dalam bidang semikonduktor.

Adakah kita akan melihat produk pertama Qualcomm yang menggunakan teknologi DynamIQ daripada pihak ARM pada penghujung 2017?

[Sumber: ETNews, SemiWiki]

Apa komen anda?