Promosi Raya Bergaya bersama telefon pintar Samsung

Share Button

Samsung mahu lebih ramai pengguna bergaya di Hari Raya bersama telefon pintar Samsung, menerusi promosi hebat yang dijalankan dari 8 Jun hingga 2 Julai 2017. Dengan pembelian telefon pintar Samsung Galaxy terpilih, pembeli akan menerima pelbagai hadiah percuma.

Telefon pintar yang terlibat dalam promosi Hari Raya Samsung ini adalah telefon pintar terbaru mereka, Galaxy S8 dan S8+, telefon pintar berkuasa tinggi Galaxy NOte5 64GB dan Galaxy C9 Pro, serta telefon pintar kelas pertengahan dengan fungsi hebat, Galaxy A-series (2017).

Pembeli Galaxy S8 dan S8+ akan menerima baucar membeli-belah bernilai RM400 untuk pembelian peranti, tablet dan aksesori jenama Samsung. Baucer ini perlu ditebus melalui aplikasi mySamsung dalam peranti Galaxy S8 atau S8+ baharu, dan mereka akan menerima e-baucar Lazada bernilai RM200 bersama e-baucar 11street juga bernilai RM200.

Untuk pembelian telefon pintar lain yang terpilih, hadiah percuma yang diberikan adalah seperti berikut:

1. Galaxy Note 5 64GB (RM2,399)
Speaker 3-dalam-1, Selfie Stick, Kipas Mini USB, USB OTG 32GB, Waranti Tambahan 1 Tahun

2. Galaxy C9 Pro (RM2,299)
Speaker 3-dalam-1, Selfie Stick, Kipas Mini USB, Kad MikroSD 32GB, Waranti Tambahan 1 Tahun

3. Galaxy A7 2017 (RM1,899)
Speaker 3-dalam-1, Selfie Stick, Kipas Mini USB, Kad MikroSD 32GB

4. Galaxy A5 2017 (RM1,699)
Speaker 3-dalam-1, Selfie Stick, Kipas Mini USB, Kad MikroSD 32GB

Samsung juga melanjutkan promosi tukar beli Galaxy J Prime yang dijalankan April lepas. Rebat RM200 diberikan untuk pembelian Galaxy J7 Prime (RM1,199) atau Galaxy J5 Prime (RM899) apabila pembeli membawa sebarang peranti terpakai yang masih berfungsi. Selepas rebat RM200 ini, harga Galaxy J7 Prime menjadi RM999 dan Galaxy J5 Prime pula RM699 sahaja.

Sudah bersedia untuk berhari raya dengan Samsung? Semua tawaran Samsung ini boleh didapati menerusi pengedar sah Samsung, serta dalam talian di stor rasmi Samsung di Lazada dan 11street.

Terma dan syarat, serta lebih banyak info boleh didapati di laman promosi Hari Raya Samsung.

Apa komen anda?