Nubia Z17 Hanya Untuk Yang Obses Dengan Kuasa

Share Button

Nubia Z17 menjadi salah satu telefon pertama dunia yang membawa RAM seluas 8GB selepas Zenfone AR. Selain RAM gergasi, ia turut dilengkapi ciri-ciri flagship premium yang lain.

Pengguna menerima cip Snapdragon 835 dengan panel paparan sebesar 5.5″ beresolusi HD penuh. Bateri 3,200 mAh menguasakan peranti ini dengan pengecasan pantas yang mampu mengecas 50% bateri dalam masa 25 minit saja daripada 0%. Malah, ia adalah telefon pertama yang mengugnakan Quick Charge 4+

Nubia Z17 menggunakan konfigurasi kamera berkembar sama seperti Apple iPhone 7. Salah satu kameranya menggunkan sensor 23MP dan sensor kedua 12MP dengan apertur F1.8. Salah satu kameranya memberikan jarak zum sehingga 2x dengan 10x zoom elektronik. Kamera depan pula menggunakan sensor 16MP dengan apertur F2.0.

Varian paling rendah yang ada dalam siri Nubia Z17 ini adalah RAM 6GB dengan storan 64GB. Harga kesemua varian adalah seperti berikut.

  • RAM 6GB + Storan 64GB – RMB 2,799 (RM 1,758)
  • RAM 6GB + Storan 128GB – RMB 3,399 (RM 2,135)
  • RAM 8GB + Storan 128GB – RMB 3,999 (RM 2,512)

Nubia akan mula menerima pendaftaran untuk penjualan bermula 9 malam ini dan akan mula dijual secara rasmi pada 6 Jun di kedai dalam talian rasmi Nubia dan juga JD.com.

 

[Sumber: GizmoChina]

Trackbacks

  1. […] Huawei dan banyak lagi. Selain nubia Z11, nubia Malaysia turut mengumumkan nubia Z17 yang baru dilancarkan di China, akan tiba di Malaysia tidak lama […]

Apa komen anda?