Microsoft mahu monopoli segmen anti-virus

Share Button

Kaspersky Lab baru-baru ini telah memfailkan aduan anti-monopoli di Eropah, di mana aduan yang sama telah juga dibuat di Rusia. Ia berkenaan Microsoft meletakkan perisian anti-virusnya, Windows Defender secara lalai ke dalam Windows 10.

Pengasas Kaspersky, Eugene Kaspersky berkata Microsoft menggunakan kedudukannya selaku pengeluar sistem operasi untuk memasarkan anti-virus mereka yang kurang berkualiti kepada pengguna. Sebelum ini, pengguna mempunyai pilihan untuk berbuat demikian.

Microsoft juga didakwa telah membuang perisian Kaspersky apabila pengguna menaiktaraf ke Windows 10, seterusnya mengaktifkan Windows Defender sahaja. Microsoft turut tidak menyediakan masa yang mencukupi untuk menguji keserasian perisian dengan naiktaraf Windows 10, tambah Eugene.

Windows Defender diaktifkan selepas lesen Kaspersky tamat

Dari pihak Microsoft pula, mereka menyatakan ia adalah sebahagian dari perlindungan kepada pengguna. Malah, ia selari dengan garis panduan undang-undang persaingan.

Permasalahan ini mengimbas kembali kepada masa lalu, apabila Microsoft dikatakan memaksa pengguna menggunakan pelayar Internet Explorer, dengan memasangnya secara lalai di dalam sistem operasi Windows. Ini mengakibatkan kepupusan pelayar Netscape Navigator yang sebelum itu gah di dunia internet.

Apa pendapat anda tentang dakwaan Eugene ini? Adakah ia sekali lagi langkah Microsoft untuk memonopoli dunia anti-virus, atau ia sekadar langkah keselamat Microsoft untuk pengguna?

Apakah perisian anti-virus yang anda gunakan di komputer anda sekarang?

[SUMBER: TheVerge]

Comments

Trackbacks

  1. […] dapat merasakan langkah yang diambil Kaspersky ini sebagai salah satu dari respon mereka terhadap monopoli yang cuba dilakukan Microsoft. Microsoft telah menetapkan Windows Defender secara lalai, sebagai […]

Apa komen anda?