Majoriti Rakyat Malaysia Gemar Buat Persiapan Raya Di Akhir Waktu

Share Button

Lazada telah melakukan tinjauan di seluruh Malaysia bermula Ramadan lalu untuk mencari pola perbelanjaan pengguna semasa Hari Raya dalam kalangan pengguna kita. 66% responden menyatakan bahawa perbelanjaan Hari Raya mereka telah meningkat berbanding tahun 2016 akibat peningkatan kos sara hidup.

Mereka terpaksa mengoptimumkan setiap sen yang ada untuk mendapatkan barang keperluan termasuklah berpaling kepada beli belah dalam talian. Ia terbukti apabila 73% responden mencari barangan membuat kuih raya malahan barangan runcit melalui portal Lazada.

Daripada sudut kesiapsiagaan Hari Raya pula, 7% melakukan persiapan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum Hari Raya manakala 36% mula berbeli-beli sebulan sebelum. Namun, majoriti 45% lebih gemar membuat persiapan di saat akhir ataupun dua minggu sebelum Hari Raya.

Melihat pada pola perbelanjaan dalam talian yang meningkat itu, Lazada telah melancarkan kempen Riang Ria Raya yang berlangsung dari 19 Mei hinggalah 30 Jun 2017. Pengguna boleh menimati potongan harga sehingga 90% keatas kelengkapan Hari Raya Anda.

Berkunjung ke laman Lazada untuk beli-belah hari ini.

Apa komen anda?